BAGI pasangan suami isteri, cahaya mata merupakan penyeri rumah tangga. Tidak hairanlah mengapa kebanyakan wanita berasa stres dan kecewa apabila tidak berjaya hamil seperti yang diharapkan. Tidak kurang juga yang menderita emosi sehingga merasakan diri gagal dan tidak berguna sebagai seorang isteri. Seorang lelaki perlu memikul tanggungjawab besar selepas berkahwin. -Gambar hiasan Berdepan masalah sama, seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila dia dan suami masih belum dikurniakan anak meskipun usia perkahwinan sudah mencecah empat tahun. Tambahan pula dia sering melihat suaminya ketawa sendirian ketika menonton video dan gambar-gambar bayi di laman sosial. “Aku dah empat tahun kahwin tapi tak ada anak. Selalu nampak suami tengok video bayi kemudian dia senyum dan gelak seorang. ARTIKEL BERKAITAN: Abang Grab tak ambil tambang wanita hamil, minta doakan dapat zuriat! Ikhtiar suami sampai ke pengetahuan isteri ARTIKEL BERKAITAN: Wanita pejuang TTC sayu ‘malaikat kecil’ hadir dalam tempoh idah... Bekas suami tengah seronok buat persiapan kahwin lepas raya “Kesian dia... dia dah bersedia jadi seorang ayah tapi masih belum rezeki. “Walaupun dia tak pernah push atau salahkan aku, tapi aku rasa macam diri ni isteri tak berguna,” luahnya sayu. Menurut wanita ini, layanan dan sikap suaminya yang tidak pernah berubah sejak awal perkahwinan membuatkan dia berasa lebih sedih. Malah, suaminya secara lantang mengaku mandul apabila diaju tentang anak beberapa hari lalu. Kadang-kadang punca dia bukan sebab period tak teratur macam kawan saya, siap doktor kata dia tak subur. Padahal lepas kahwin elok dapat tiga anak. WARGA MAYA “Hari tu aku terdengar ada orang tanya suami tentang anak, kemudian dia terus jawab yang dia mandul. “Sedangkan aku yang bermasalah, period tak teratur. Dia mengaku sebab tak mahu orang salahkan aku. “Tindakan dia meruntun hati aku, menangis aku mengadu pada Allah supaya suami aku berpeluang menjadi ayah,” tambahnya. Dalam pada itu, dia turut menyatakan hasrat untuk mendapatkan anak angkat bagi menyerikan suasana di rumahnya pada masa ini. Warga maya memberi cadangan dan kata-kata sokongan padanya. Meskipun luahannya meruntun hati warga maya, namun kebanyakan pelayar menyatakan dia seorang wanita yang bertuah kerana memiliki suami penyayang serta bertimbang rasa. Tidak kurang juga yang mencadangkan supaya dia melakukan ujian kesuburan serta mendapatkan rawatan daripada pakar. “Consult doctor ye. Saya pun period tak teratur. Masa hamil ketiga-tiga anak sebelum ni, saya dapat tahu masa usia kandungan dah 15 minggu sebab ingatkan macam biasa tak period tapi ada isi rupanya. “Pergi klinik fertiliti, saya sendiri dah tujuh tahun TTC (trying to conceive). Mula buat rawatan masa tahun kedua, tiga kali gugur... jangan tunggu lama sebab nanti jadi macam saya dari 2019 hingga 2024 baru dapat buat IVF. “Semangat sis. Kadang-kadang punca dia bukan sebab period tak teratur macam kawan saya, siap doktor kata dia tak subur. Padahal lepas kahwin elok dapat tiga anak! So it's all in Allah's power,” ujar beberapa warga maya memberi semangat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube