suria

Mak mentua anggap menantu kerja ‘gomen’ macam sampah... Marah permintaan guna nama buat ‘loan’ beli Hilux ditolak!

Segelintir individu terjerat dengan hutang gara-gara membantu pihak lain membuat pinjaman bank. -Gambar hiasan

LAZIMNYA kita dipaparkan dengan luahan wanita yang makan hati dengan sikap keluarga mentua di media sosial.

Namun dalam satu perkongsian di TikTok, seorang lelaki berkongsi kisah pahit bagaimana dia hampir-hampir muflis disebabkan terlalu 'memberi muka' kepada keluarga mentua.

Menurut lelaki yang merupakan seorang penjawat awam itu, segala-galanya bermula apabila ibu mentuanya datang ke rumah dan memohon pertolongan bagi pihak abang iparnya.

"Aku penjawat awam dengan gaji dan gred biasa-biasa, tapi cukup untuk bayar segala komitmen.

"Sebelum nikah, aku dah ada komitmen loan rumah, kereta dan beberapa personal loan. Termasuk juga loan majlis perkahwinan RM40,000. Aku turutkan kehendak family isteri yang nakkan majlis yang grand.

"Satu hari, mak mentua datang rumah. Rupanya abang ipar berhasrat guna namaku untuk loan Hilux untuk kegunaan bisnes baru dia. Nama dia tak lepas sebab CTOS.

"Mulanya aku tak setuju walau mereka merayu-rayu. Tapi mak mentua mula cakap pasal keluarga. Tak boleh lupa ayat dia... kalau family pun tak boleh tolong family sendiri, memang sampahlah. Aku rasa tercabar," kongsinya.

Lelaki tersebut berkata, dia kemudian akur apabila dipujuk dan diyakinkan oleh isterinya.

Dipendekkan cerita, pinjaman bank untuk pembelian kenderaan trak pick-up untuk abang iparnya diluluskan bank.

MENTUA 2

Surat amaran yang diterima individu berkenaan berkenaan tunggakan hutangnya.

“Bulanan sekitar RM1,100 untuk sembilan tahun. Berdebar aku. Ini kalau sangkut bayar, tak mampu aku nak tanggung.

“Tahun lepas, bisnes abang ipar mula problem.

Bermula daripada situ, dia mula culas bayar bulanan siap ada kadang-kadang isteri aku yang tolong bayarkan guna duit simpanan tanpa pengetahuan aku.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tuduh famili mentua punca perkahwinan tak bahagia! Ipar minta duit, ibu paksa suami buat loan kereta... Anak bini sendiri disuruh jimat

ARTIKEL BERKAITAN: Mak mentua mulut lancang, isteri baru faham kenapa suami buang keluarga sendiri! Dipaksa melutut minta maaf ketika raya

“Sampai satu masa, dia betul-betul tak bayar langsung. Licin duit simpanan bini aku. Angin betul aku, apabila call tak angkat, jadi aku hantar mesej panjang berjela. Dia janji akan bayar balik macam biasa,” kongsinya.

Sehinggalah satu ketika, kesabarannya tidak lagi dapat ditahan apabila dia menerima surat saman.

“Apa lagi, aku mengamuk dekat rumah mak mentua. Takkan aku dan wife pula kena tanggung hutang ni?

“Tambah geram lagi, abang ipar boleh buat muka tak bersalah dan beritahu kereta dah kena tarik.

“Mak mentua pula back-up anak dia. Kami bertelagah dan nyaris-nyaris bertumbuk. Mak dia halau kami dan haramkan datang rumah.

“Masa ni, aku bagi kata dua pada isteri sama ada nak pilih keluarga atau ikut aku balik. Dia menangis dan ikut aku balik,” kongsinya.

Hidup ni keras. Bukan nak kedekut tapi tempoh sembilan tahun tu.

NETIZEN

Disebabkan terpaksa menanggung hutang abang ipar sendiri, lelaki berkenaan tertekan bukan sahaja kerana wang gajinya tidak cukup untuk belanja keluarga sendiri, malah memberi kesan kepada kerjayanya.

Ujarnya, dia tiada pilihan lain hingga akhirnya terpaksa merujuk kepada agensi konsultan bagi menangani masalah hutang yang terpaksa ditanggung.

“Alhamdulillah. Kes selesai dan aku pun tak perlu ke mahkamah lagi dan tiada lagi ugutan daripada debt collector.

“Proses kenaikan pangkat berjalan lancar. Tapi sampai sekarang keluarga mentua tak tanya khabar aku sekeluarga. Apatah lagi nak minta maaf. Teruk kan perangai diorang?,” akhirinya.

KOMEN MENTUA

Sebahagian komen netizen yang turut berkongsi pengalaman dan nasihat.

Perkongsian lelaki berkenaan meraih lebih 26,000 jumlah tontonan dengan rata-ratanya turut berkongsi pengalaman yang hampir sama.

Malah mereka turut menasihatkan lelaki berkenaan agar terus menjauhkan diri daripada keluarga mentuanya.

“Aku pun pernah. Nasib baik motor sahaja. Tapi mental jugalah.

“Hidup ni keras. Bukan nak kedekut tapi tempoh sembilan tahun tu.

“Kadang kita 'terkena' sebab kesian. Tapi insyaAllah, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik,” komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain