suria

Kewangan 2025 diramal lebih ‘keras’, ramai mula fikir strategi! Disember 2024 hingga April tahun depan dilihat tempoh kritikal

Ada ibu bapa sudah mula membuat persiapan untuk sesi persekolahan tahun depan. -Gambar hiasan

KOS sara hidup yang semakin meningkat menyebabkan ramai individu takut untuk menimang cahaya mata.

Malah, mereka yang berkeluarga juga terpaksa berjimat cermat ekoran ketidaktentuan ekonomi semasa.

Di TikTok, seorang wanita tular apabila dia berkongsi tentang ramalannya tentang tahun 2025 yang memberi banyak cabaran kepada rakyat Malaysia.

WhatsApp Image 2024-06-20 at 4.19.42 PM

Banyak wang perlu dibelanjakan setiap kali tibanya Ramadan dan Syawal. -Gambar hiasan

Dia berkata, 2025 menyaksikan banyak tarikh penting berlaku dalam tempoh singkat sekali gus memerlukan banyak belanja, khususnya bagi mereka yang berkeluarga.

"Tahun 2025 lagi 'keras' (mencabar) mat, standby. Persekolahan tahun depan bermula 17 Februari 2025. Ramadan pula (dijangka) 2 Mac 2025.

"Syawal 31 Mac 2025. Bulan yang sama. Maksudnya bulan Disember dah kena bersedia belanja sekolah. Bulan Januari pula nak hadap belanja puasa dan Syawal yang jatuh pada Mac.

Saya dah mula beli baju sekolah anak untuk tahun 2025. Dah mula menabung selepas raya hari tu.

NETIZEN

"Tak kan nak tunggu bulan tu baru nak menabung? Strateginya, rancangannya? Kena buat dari sekarang," kongsi pengguna TikTok dikenali sebagai Isteri Solehah itu.

Perkongsian wanita itu bukan sahaja menerima lebih setengah juta tontonan, malah ia turut dibanjiri pelbagai komen netizen.

Menurut netizen, pasangan yang mempunyai ramai anak pastinya akan terkesan dengan situasi ini dan meminta agar mereka bersedia untuk melangkah ke tahun 2025.

Berdasarkan kiraan pada kalendar, perbelanjaan dijangka meningkat bermula Disember tahun ini sehingga April 2025 dan hanya akan kembali normal pada Mei.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami persoal mana perginya duit belanja RM200, rasa dah cukup banyak! Isteri tak ambil 1 sen pun, semua beli barang famili

ARTIKEL BERKAITAN: Kelibat si cilik berbaju sekolah menengah bikin kecoh... Ramai sangka pelajar kerdil salah pakaian seragam

"2025 belum nampak bayang, tapi kepala aku dah berdenyut.

"Aku dah mula menangis membayangkan tahun 2025," tulis netizen.

Malah, ramai yang turut berkongsi tip berguna untuk menghadapi tahun 2025 dengan lebih tenang.

WhatsApp Image 2024-06-20 at 4.20.07 PM

Pasangan yang mempunyai ramai anak disarankan merancang kewangan. -Gambar hiasan

"Saya dah mula menabung dan bersedia semua dah. Semoga Allah permudahkan setiap langkah saya dalam mencari rezeki untuk anak.

"Saya dah mula beli baju sekolah anak untuk tahun 2025. Dah mula menabung selepas raya hari tu.

"Saya main kutu. Sebulan RM200. Alhamdulillah, tu cara untuk mengumpul," tulis netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain