suria

Penyewa resah tuan rumah ‘expose’ gambar barang peribadi, bilik tidur di Internet... Kecewa ruang privasi di ceroboh tanpa kebenaran

Pemilik kediaman yang mahu menjual rumah mereka biasanya akan memuat naik gambar setiap sudut di dalam iklan. -Gambar hiasan

TIADA sesiapa yang suka sekiranya gambar atau apa sahaja yang berkaitan dengan privasi mereka diceroboh, apatah lagi tanpa persetujuan atau kebenaran.

Dalam satu hantaran di Facebook, seorang penyewa meluahkan rasa kecewa dengan tindakan pemilik rumah yang didakwa mengambil gambar rumah termasuk perabot miliknya untuk tujuan pengiklanan kediaman tersebut.

"Saya menyewa sebuah rumah yang dalam proses dijual oleh tuan rumah.

"Satu hari ejen datang ke rumah untuk mengambil gambar rumah. Seminggu selepas itu, gambar rumah tersebut terpampang di semua platform untuk dijual.

"Ini termasuk gambar perabot dan barangan saya, bilik tidur saya dan anak-anak yang mana gambar tersebut telah mangganggu privasi kami serta menimbulkan pertanyaan semua pihak yang mengenali kami.

"Boleh ke pemilik menjual rumah menggunakan gambar perabot penyewa untuk tujuan pengiklanan mendapatkan pembeli tanpa kebenaran?" luahnya dalam satu hantaran di laman grup Facebook Tanya Peguam.

rumah 1

Ejen lazimnya akan mengambil gambar rumah yang mahu dijual atau disewakan bagi tujuan pengiklanan. -Gambar hiasan

Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti diri itu lagi, dia sudah meluahkan rasa kurang senangnya kepada pemilik rumah berkaitan hal tersebut.

Bagaimanapun ujarnya, pemilik rumah seolah-olah memandang ringan mengenai hal berkenaan dan mempertikaikan haknya sebagai penyewa.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuan rumah buruk perangai, naikkan kadar sewa selepas penyewa pasang aircond sendiri - “Kita tak minta satu sen pun!”

ARTIKEL BERKAITAN: Ejen rumah sewa buat ‘magic’ dalam kontrak, tiba-tiba penyewa kena tanggung kos servis 4 aircond! Lelaki hilang deposit RM2,800

"Pemilik rumah mengatakan itu adalah rumahnya.

"Apakah tindakan yang boleh dibuat untuk menghalang tuan rumah daripada terus menerus menggunakan gambar tersebut tanpa kebenaran?

"Sebagai tambahan, sebelum ni pemilik rumah mengiklankan rumahnya menggunakan gambarnya sendiri," kongsinya.

Kalau macam tu bawa keluar semua barang. Biar mereka tangkap gambar dulu kemudian dah selesai baru masukkan balik barang.

NETIZEN

Hantaran individu berkenaan mengundang perhatian warga maya yang tampil dengan reaksi yang pelbagai.

Namun rata-ratanya berpandangan bahawa isu yang disuarakan individu berkenaan seperti lucu atau bimbang 'tak bertempat'.

komen rumah

Reaksi netizen yang pelbagai terhadap perkongsian individu berkenaan.

"Kalau macam tu bawa keluar semua barang. Biar mereka tangkap gambar dulu kemudian dah selesai baru masukkan balik barang.

"Kalau dekat iklan tak ada stated jual sekali perabot, tak ada masalah. Sebab owner jual rumah dia, bukan jual perabot penyewa.

"Tak adanya setakat upload gambar perabot dengan meja makan sampai jiran dekat kampung boleh tahu. Biasanya kalau rumah penyewa duduk, ejen akan tutup nombor plat kereta, muka penyewa pun tak ada dalam gambar. Apapun tengok agreement," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain