BERTEMU jodoh pada usia muda menjadi impian sesetengah daripada kita. Begitu juga bagi seorang gadis, dia dipertemukan dengan lelaki yang baru berusia 22 tahun dan bersungguh mahu memperisterikannya. Namun timbul isu apabila pemuda berkenaan sebenarnya pernah berkahwin dan kini bergelar duda. Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan Status dan sejarah lelaki berkenaan membuatkan gadis itu mempunyai isu kepercayaan (trust issue) sama ada mahu menerima lamaran atau tidak. ARTIKEL BERKAITAN: Gadis sukar pilih bakal suami! Calon pertama tua dan berduit... Lelaki kedua muda, ego tapi ada ‘feel’ dalam hati ARTIKEL BERKAITAN: Gadis bengang susah kikis duit BF, gaji 6K tapi kedekut... Bawa makan tempat biasa, belanja shopping jauh sekali "Trust issue dengan duda muda umur 22 tahun, ajak kahwin tapi kisah silam dia agak rumit. Bermula daripada keturunan dia yang ada habit kahwin dan cerai sampai sekarang. "Sekarang ni dia pula dah ceraikan isteri waktu anak umur tiga tahun pada tahun ni. Perkahwinan pertama tak lama dan sekarang nak masuk meminang saya pula," katanya menerusi satu luahan di Facebook. Disebabkan hal itu, dia mengakui berat untuk menerima lelaki tersebut di dalam hidupnya kerana bimbang bakal berdepan situasi sama. Seorang lelaki bergelar duda pada usia muda. -Gambar hiasan Bagaimanapun, janji manis si duda membuatkan dia semakin berada dalam dilema. "Dia dah janji tak akan ulang perkara yang sama tapi saya risau. Walaupun saya nekad nak reject lelaki macam ni, saya cuma nak pandangan yang dapat menyokong keputusan saya," ujarnya yang buntu untuk membuat keputusan. Jangan gadai diri, perasaan dan masa depan sendiri pada lelaki yang tak matang. NETIZEN Selain tidak mendedahkan usianya, gadis itu juga tidak berkongsi punca si duda itu berpisah dengan bekas isteri. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menasihatinya supaya dia membuat keputusan yang tepat kerana kemungkinan gadis itu turut bakal mengalami nasib sama. Konflik dan tiada persefahaman merupakan antara punca perpisahan. -Gambar hiasan Malah, segelintirnya turut menyarankannya supaya dia melakukan solat istikharah agar diberi petunjuk sebelum membuat sebarang keputusan. "Red flag tu sis kalau famili dia memang begitu. Kahwin cerai tu biasa bagi mereka bukan sesuatu yang salah. Lebih baik elakkan. "Lelaki begini, belum dapat memang macam-macam janji manis. Jangan gadai diri, perasaan dan masa depan sendiri pada lelaki yang tak matang. "Itu adalah ujian untuk kamu, setiap orang ada pilihan dan pilihan itulah yang menentukan kita trauma atau tidak lepas kahwin. "Kalau berat hati, tak payah terima. Jangan cari masalah, anda layak untuk bahagia," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube