suria

Wanita dapat writ mahkamah, bekas suami lari bayar hutang kereta! Buntu cari RM13,000 - “Dua hari migrain teruk”

Ada segelintir wanita yang bertindak menjadi penjamin pasangannya namun akhirnya mengundang padah kepada diri sendiri. -Gambar hiasan

MUNGKIN bagi sesetengah individu, membenarkan nama untuk menjadi penjamin kepada pinjaman yang dibuat oleh pasangannya merupakan perkara biasa.

Namun tiada siapa dapat menjangka apa yang bakal berlaku pada masa hadapan.

Sebagaimana kisah yang dikongsikan seorang wanita ini, dia meluahkan rasa bimbang dan buntu kerana dipanggil ke mahkamah gara-gara menjadi penjamin pinjaman kereta bekas suaminya.

ex 2

Ramai wanita terpaksa membesarkan anak bersendirian selepas berpisah dengan bekas suami. -Gambar hiasan

"Saya penjawat awam. Menjadi penjamin kereta untuk ex-husband. Semalam dapat surat writ dari mahkamah untuk masukkan kehadiran sebab dia (bekas suami) tak bayar loan.

"Saya dah contact pejabat lawyer, dah contact bank untuk negotiate but still kena buat bayaran penuh.

"Saya betul-betul buntu. Saya tak ada duit," luahnya.

Menurut wanita berkenaan, dengan pinjaman yang masih berbaki RM13,000, jumlah tersebut adalah di luar kemampuannya memandangkan dia menanggung empat anaknya bersendirian.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak mentua anggap menantu kerja ‘gomen’ macam sampah... Marah permintaan guna nama buat ‘loan’ beli Hilux ditolak!

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tuduh famili mentua punca perkahwinan tak bahagia! Ipar minta duit, ibu paksa suami buat loan kereta... Anak bini sendiri disuruh jimat

"Untuk makluman, kereta tu dia cakap ada dekat bengkel... rosak. Tak boleh gerak. Jadi keputusan nak jual tu memang tak boleh nak ikut," ujarnya.

Apa yang lebih menyedihkan, keluarga bekas suaminya pula seolah-olah lepas tangan dan membiarkan masalah itu dipikulnya seorang diri.

Jangan takut, dekat mahkamah boleh berunding... apa saja keputusan mahkamah, bank kena ikut.

NETIZEN

"Gaji saya kecil je. Saya tanggung empat orang anak sendirian. Mana saya nak cekau duit banyak macam tu.

"Kalau saya tak dapat bayar macam mana. Apa effect pada pekerjaan dan kehidupan saya? Kalau hadir ke mahkamah saya kena tindakan apa?

"Dua hari dah saya migrain teruk fikirkan hal ni. Nak tidur pun tak lena. Risaunya nak cari duit dekat mana.

"Saya sangat berjaga-jaga dengan hutang... sekali jadi macam ni pula," luahnya lagi.

komen ex

Perkongsian wanita tersebut mengundang simpati netizen.

Perkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap nasibnya yang ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

"Kesian dapat laki macam ni... kamu pergi je mahkamah, cerita hal sebenar dan beritahu berapa yang mampu bayar sebulan. Jangan takut, dekat mahkamah boleh berunding... apa saja keputusan mahkamah, bank kena ikut.

"Kena hadir mahkamah dan buat rayuan untuk minimumkan seberapa boleh bayaran balik secara ansuran. Nanti mahkamah akan pertimbangkan rayuan anda.

"Sama macam kes mak saya. Kesian memang kesian tapi itulah dah nama guarantor," demikian komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain