GENERASI terdahulu sering berpesan 'buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali'. Namun adakalanya bidalan tersebut terpaksa diabaikan atas dasar prihatin dan simpati melihat kesusahan individu lain sehingga akhirnya makan diri sendiri. Situasi itulah dihadapi seorang lelaki yang meluahkan rasa kecewa dan sakit hati apabila kebaikannya dibalas dengan pengkhianatan. Dia yang enggan mendedahkan identiti diri berkata, kisah bermula pada 2011 dan berlarutan sehingga kini kerana tidak berjaya diselesaikan, meskipun telah membuat laporan polis. Orang ramai mengambil peluang membeli ikan murah yang segar di pelantar. -Gambar hiasan Lebih menyedihkan, gara-gara dikhianati, dia tidak dapat memperbaharui lesen menangkap ikan selama berbulan-bulan sehingga mengalami masalah kewangan. Memulakan cerita, dia yang tinggal di Alor Setar, Kedah ini berkata, lelaki yang dikenali sejak 2005 itu pada asalnya hanyalah pembeli ikan segar. "Pada mulanya dia membeli ikan dengan saya selepas ikan mendarat di pelantar. Tidak lama kemudian, dia menyatakan tidak mempunyai tempat untuk berniaga. "Jadi saya telah memberikan kebenaran kepada dia untuk berniaga di kawasan pelantar ikan saya... sedikit demi sedikit dia telah mengambil kawasan saya untuk dijadikan tempat tidurnya dan pejabat," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Diarah segera kosongkan premis, wanita syak ‘penyewa bersama’ hasut tuan kedai! Menyesal pelawa kongsi sewa ruang berniaga ARTIKEL BERKAITAN: “Kami utamakan yang berkeluarga saja” - Tuan rumah tak izin menyewa, ibu tunggal 3 anak kecewa status jadi ukuran Dakwa lelaki ini, penindasan terhadapnya terus menerus berlaku dari 2011 sehingga kini. Malah katanya, dia turut dihalang daripada memasuki kawasan pelantar ikan yang dibina dengan dengan hasil titik peluhnya sendiri. "Saya telah dihalang untuk menjalankan perniagaan seperti biasa di dalam kawasan pelantar, hari demi hari perkara menjadi lebih teruk. "Walaupun saya telah membuat laporan polis, perkara ini masih menemui jalan buntu. Saya juga telah diganggu oleh dia dan orang upahannya walaupun saya berniaga di kawasan lain," dakwanya lagi. Asal nak tolong orang, akhirnya tuan tanah yang terjerat. Harap ada peguam baik yang nak tolong. WARGA MAYA Menurut lelaki ini, dia bukan sahaja dinafikan hak ke atas pelantarnya, malah turut mengalami kerugian kerana tidak dapat menggunakan lokasi tersebut untuk berniaga. Tambahan pula, dia telah membayar untuk tanah berstatus lesen pendudukan sementara (TOL) itu sejak 2007 dengan anggaran kadar RM11,200 setahun. Bukan itu sahaja, dia juga terpaksa membayar sewa di pelantar lain untuk meneruskan perniagaan dengan bayaran sewaan sebanyak RM1,000 sebulan. "Banyak proses dan penderitaan telah saya lalui... ditangkap, direman gara-gara masuk di kawasan tanah saya sendiri. "Dia juga telah membuat surat perjanjian sewa palsu pada tarikh 30 Ogos 2007 yang mana saya tidak pernah menurunkan tandatangan pada surat berkenaan," katanya sambil menambah, pemalsuan telah dibuktikan menerusi laporan Jabatan Kimia. Warga maya berharap masalah yang dialaminya dapat diselesaikan. Dalam pada itu, lelaki ini berkata dia juga telah berjaya menang saman pada tahun 2020 apabila pihak mahkamah memutuskan dokumen perjanjian tersebut adalah palsu. Susulan masalah yang dialami selama 13 tahun, dia memohon bantuan guaman dan individu yang pakar dalam perundangan bagi menyelesaikan konflik pemilikan tanah. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersimpati dengan nasib yang dialaminya. "Asal nak tolong orang, akhirnya tuan tanah yang terjerat. Harap ada peguam baik yang nak tolong dan semoga masalah dapat diselesaikan. "Di Kedah sekarang memang kena berhati-hati. Kalau ada tanah atau rumah kita yang kosong kena pantau selalu. Tanah kena pagar. Rumah kena berkunci dengan baik. Kalau Rohingya dah duduk memang susah. "Saya nak tolong tak mampu tapi saya akan doakan untuk awak... semoga Allah bagi keadilan untuk awak dalam kes ni," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube