suria

“Umi cakap dengan siapa?” - Anak-anak meraung ketakutan, kedai nasi lemak kegemaran tutup tapi ibu bersemangat buat pesanan

Perkongsian seorang ibu tentang gelagat anak-anaknya menarik perhatian ramai.

HATI ibu mana yang tidak sakit apabila anak-anak lebih berselera untuk menikmati makanan yang dibeli daripada kedai berbanding air tangannya sendiri.

Menurut cerita si ibu yang menggunakan akaun Auni Farhana di Facebook, ketiga-tiga anaknya begitu gemar makan nasi lemak di sebuah gerai yang sama hampir setiap hari.

Lebih menaikkan darah, Auni berkata permintaan untuk makan nasi lemak di gerai itu turut dibuat sungguhpun dia sudah menyediakan hidangan di rumah.

Setiap ibu pastinya gembira apabila masakannya mendapat tempat di hati anak-anak. -Gambar hiasan

"Kalau aku masak dekat rumah pun tetap mereka nak pergi beli juga, memang saya naik angin la," katanya.

Sehinggalah pada suatu hari Auni mendapat idea untuk membendung tiga orang anak-anaknya daripada terus meminta untuk makan nasi lemak daripada kedai berkenaan.

"Satu hari tu balik tuisyen pukul 9 malam. Sebelum sampai kedai ni, anak cakap lapar. Saya masak tapi tak kena tekak katanya, sakit betul hati saya. Tapi waktu lalu tu kedai ni tutup.

"Tiba-tiba datang idea jahat saya. Saya acah-acah nampak kedai ni buka, lepas tu saya turunkan tingkap kereta dan jerit cakap nak order macam biasa. Nasi lemak dua, ayam tight, bungkus ya kak.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak mengamuk waktu Maghrib, ibu nyaris ajar guna hanger! Terkedu perubahan sikap selepas baca kalimah suci

ARTIKEL BERKAITAN: Sedang angau bercinta, suami ‘warning’ isteri jangan ‘usik’ ex-GF! Ugut halau anak, mak mentua sakit keluar rumah

"Beria betul muka saya masa buat pesanan tu. Anak saya dua orang yang besar ni tercengang tengok saya pergi buat pesanan. Tapi saya cakap dengan siapa? Memang kedai tu gelap," katanya.

Kata Auni, dia tetap meneruskan agenda untuk menggerunkan anak-anaknya walaupun mereka sudah menangis ketakutan.

Malah, si ibu kemudiannya berpura-pura setia menunggu pesanan sebelum beredar.

Lama juga mereka bertaubat tak makan situ... bungkus pun jarang dah.

AUNI FARHANA

IBU

"Kemudian tiba-tiba saya buka tingkap nak ambil nasi tu sambil cakap dengan makcik kedai nak hutang sebab tak bawa duit tunai. Padahal memang tak wujud pun.

"Yang si kakak duduk tepi tingkap sebelah tempat duduk pemandu menangis lari pergi duduk belakang. Umi cakap dengan siapa? Sampai rumah saya suruh anak-anak naik rumah dulu bawa 'plastik' makanan.

"Meraung budak dua ketul (orang) ni. Lama juga mereka bertaubat tak makan situ. Bungkus pun jarang dah. Itu pun dengan abah mereka je, dengan saya memang tak berani dah," ceritanya lagi.

Hantaran dikongsikan Auni ternyata mencuit hati orang ramai.

Komen netizen di Facebook.

Rata-rata netizen turut berterima kasih kepada Auni kerana berpendapat taktiknya boleh digunakan terhadap anak masing-masing pula.

"Mak-mak ni sekali dia 'naik hantu', hantu pun takut nak masuk campur. Baik diam di situ. Buat-buat tak nampak manusia.

"Mesti sampai ke besar mereka duduk cerita pula dekat anak-anak mereka pengalaman mistik tu. Padahal rekaan mak dia je.

"Menjadi juga ni. Boleh cuba rasanya sebab kadang-kadang untuk anak-anak memilih makan ni kena ajar sikit," kata netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain