SEGELINTIR individu dikurniakan deria keenam atau sixth sense yang membolehkan mereka melihat atau merasai kewujudan makhluk ghaib. Malah mereka yang sering berhadapan situasi tersebut kebiasaannya sudah kalis atau mangli iaitu keadaan tidak berasa takut apabila terserempak dengan makhluk pelbagai rupa atau mengerikan. Namun dikatakan juga kadang-kala makhluk ghaib ini akan menampakkan diri di hadapan manusia yang diingini. Turut mempunyai pengalaman yang sama, seorang pelayar X yang dikenali sebagai Wafee berkongsi situasi dialami semasa hadir ke majlis kesyukuran di rumah pekerjanya. Bilik tamu sering dijadikan ruang solat oleh sesetengah individu. -Gambar hiasan "Saja nak kongsi, tadi staf ajak datang rumah, dia buat makan-makan sikit," ujarnya memulakan cerita. Menurut lelaki ini, disebabkan berada di situ sehingga waktu hampir Maghrib, dia menyuarakan hasrat untuk tumpang bersolat. Susulan daripada itu, dia diminta untuk naik ke ruangan atas rumah berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Bukan saja pintu rumah diketuk berulang kali, tangisan di tingkap masih menghantui wanita ini - “Anak 3 tahun selalu sebut pocong, mama kat luar ada orang” ARTIKEL BERKAITAN: Seram tapi lucu! Gadis dan rakan cabut lari selepas dengar bunyi misteri di restoran, gangguan ‘ikut’ sampai lif ofis - “Lampu dekat kaunter berkelip-kelip” "Kebetulan dah masuk Maghrib, nak tumpang solat. Dia (staf) suruh naik bilik atas untuk solat. "Semasa nak naik tu dah rasa tak best. Buka pintu, tak sempat nak nyalakan lampu dah dengar orang berzikir," luahnya. Lebih menggerunkan apabila dia mendengar bunyi suara yang ramai daripada dalam bilik tersebut. Perasaan seram sejuk yang menguasai diri membuatkan Wafee mengambil keputusan untuk turun semula ke bahagian bawah. Pernah ada pengalaman, masa tu rumah belakang (rumah pakcik) tak ada orang, tengah lepak waktu malam tiba-tiba dengar orang mengaji. WARGA MAYA Dia kemudian meminta izin untuk menunaikan solat di bilik yang terdapat di ruangan tersebut. "Aku turun semula, minta izin solat bilik bawah je. Sebelum balik, dia (staf) tanya kenapa tak solat di atas yang menyebabkan aku serba salah untuk menjawab. "Tapi dia sendiri beritahu, sejak beli rumah tu sehingga anak dah tiga orang, tapi dia sendiri tak pernah tidur di bilik master tersebut," tambahnya. Perkongsian yang dibuat itu mendapat perhatian para pengikutnya. Kebanyakan warga maya berkongsi pengalaman yang sama. Ramai yang meluahkan rasa cuak selepas membaca posting berkenaan selain turut berkongsi pengalaman yang hampir sama. "Meremang baca thread ni, maksudnya dengar orang zikir daripada audio atau macam mana? "Aku pernah dengar keluarga kawan alami macam ni, tapi satu makhluk je, sebabnya dulu situ kawasan hutan dan memang laluan dia. jadi apabila naik rumah, dia macam tersangkut. "Pernah ada pengalaman juga, masa tu rumah belakang (rumah pakcik) tak ada orang, tengah lepak waktu malam tiba-tiba dengar orang mengaji. Ingatkan suara dari surau sebab rumah depan surau tapi rupanya dari dalam rumah. "Jin yang baik tu. Boleh jadi yang duduk sebelum ini, seorang yang banyak beribadat atau mengaji. "Sebab rumah makcik pun, jiran bagitahu kalau dia tak ada memang akan dengar orang mengaji," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube