suria

Ini tanah nenek moyang kami! Penyewa tergamam ‘diserang’ adik-beradik tuan rumah, isu parkir tiada kesudahan

Hak penyewa sering dinafikan oleh tuan rumah yang tidak bertanggungjawab. -Gambar hiasan

GOLONGAN penyewa sering dinafikan hak sebagai anggota kejiranan, terutama sekali melibatkan kediaman jenis taman atau teres.

Adakalanya, kawasan diceroboh atau laluan rumah dihalang oleh penduduk tetap sehingga ada yang terpaksa mengambil keputusan drastik untuk berpindah.

Melalui situasi sama, seorang wanita meluahkan pengalaman berhadapan jiran yang gemar memonopoli kawasan rumahnya.

"Kejadian pertama dulu, adik-beradik jiran parkir depan rumah, betul-betul depan pintu sehingga menghalang kami masuk ke rumah.

Kebanyakan individu gemar menyewa rumah 'landed'. -Gambar hiasan

Kebanyakan individu gemar menyewa rumah 'landed'. -Gambar hiasan

"Kereta kami pun tak boleh nak parkir, kawasan rumah ni tak berpagar," luahnya di laman Facebook.

Dia yang pada awalnya tidak mengetahui kenderaan tersebut milik siapa, bertindak membunyikan hon.

Namun malangnya, tiada individu yang tampil untuk mengubah kenderaan tersebut.

Tambah wanita ini, selepas menunggu sekian lama, dia menghubungi polis bagi membantu mengalihkan kenderaan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mudah jadi owner rumah sewa! Duit ‘terbang’ selepas penyewa pengotor pindah keluar, kos repair cecah RM6,000

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Tersewa’ rumah port monyet, sampah bersepah di laman! Owner tak peduli, kalau pindah burn deposit... Penyewa rasa teraniaya

"Polis kemudiannya nak saman tapi saya halang dan minta tolong dialihkan sahaja.

"Tapi akhirnya saya diserang pemilik kereta tersebut," ujarnya yang baru mengetahui individu berkenaan adalah saudara mara tuan rumahnya.

Beranggapan situasi tersebut tidak akan berulang, wanita ini tidak menyangka jirannya akan menggunakan kuasa veto sebagai saudara kepada tuan rumah.

Terbaharu katanya, kakak kepada jirannya itu dengan selamba meletakkan kereta secara melintang di hadapan pintu sekali gus menghalangnya daripada masuk ke rumah.

Awak tak adu kat tuan rumah ke? Menduduki rumah tanpa gangguan adalah hak penyewa.

WARGA MAYA

Dia yang bertindak menegur perbuatan individu tersebut bagaimanapun diserang sekali lagi.

"Adik dia datang mengamuk dan cakap tanah yang kami sewa adalah milik keluarga dia, jadi dia berhak parkir di situ.

"(Seolah-olah) kami sebagai penyewa tiada hak untuk marahnya kerana tanah nenek moyang," tambahnya.

Warga maya mencadangkannya untuk berpindah.

Warga maya mencadangkannya untuk berpindah.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya menyarankan supaya dia berpindah ke lokasi lain kerana yakin situasi tersebut akan terus terjadi.

"Paling mudah adalah cari rumah sewa lain, nak pastikan perkara begini tak akan berulang sebab belum tentu kita boleh ubah sikap orang.

"Awak tak adu kat tuan rumah ke? Menduduki rumah tanpa gangguan adalah hak penyewa.

"Satu keluarga gila, pindah je kat tempat lain daripada dikelilingi keluarga orang gila," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain