IBARAT susu dibalas tuba. Demikian peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan situasi dilalui wanita ini apabila dia dikhianati suami sendiri selepas segala pengorbanan dicurahkan tanpa mengharap balasan. Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti ini, hatinya benar-benar remuk apabila mengetahui perbuatan suaminya selepas seminggu memberi hadiah kepada lelaki tersebut sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima. "Bergaduh bertekak hal rumah tangga itu biasa. Saya ni pemalas orangnya dan suami sering menegur. Siap cerita pasal saya kepada kenalan dan keluarga. "Walaupun malu dan marah tapi saya tetap usaha untuk berubah. Dan saya telah pun berubah. Komunikasi antara suami isteri penting agar tiada isu berbangkit. -Gambar hiasan "Pada 14 Julai yang lalu saya bagi hadiah anniversary yang ke-5 tahun kepada suami. "Tapi seminggu selepas itu, baru saya tahu yang sejak 30 Jun hingga 16 Julai, suami saya menyuruh kenalan saya membuat report polis ke atas saya tentang bisnes saya," luahnya. Menurut wanita tersebut, apa yang mengejutkan adalah suaminya tergamak 'menawarkan diri' untuk menyalurkan maklumat dan dokumen agar kenalannya membuat laporan polis seperti dirancang. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya rela hadap mulut orang!” - Wanita pilih menjanda, tak mahu perkahwinan toksik... Reda rumah tangga hanya bertahan 6 bulan ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rindu sikap di awal perkahwinan, suami malas layan luahan hati isteri... Anggap terbawa-bawa adegan drama "Dalam chat tersebut (dengan kenalan), suami mengatakan dia ex-partner saya, saya buang dia selepas saya berjaya, saya tak bayar gaji staf, gaji dia. "Wallahi saya memang tak buat pun semua tu. Dia siap suruh kenalan tu pergi buat report polis dan tribunal mahkamah tentang saya. "Dia bagi semua document SSM, gambar-gambar media sosial bisnes saya kepada kenalan tu. Dia siap pesan kalau perlukan info lain bagitahu je, dia boleh bagi," luahnya. Ada suami yang cemburu dengan bini. Dia suka kalau bini susah, sakit. Dia nak isteri bergantung dengan dia. NETIZEN Bagaimanapun ujar wanita tersebut, dia bersyukur kerana kenalannya tidak terpengaruh dengan 'permainan' suaminya itu. "Suami apa begitu ya? Dia yang tidur setilam dengan saya tapi dia yang khianat serta sabotaj saya sampai sanggup report polis? "Dia nak hancurkan bisnes saya sedangkan bisnes itulah yang tolong bayarkan kereta dia. Depan-depan saya dia baik, tapi belakang dia selalu cerita pasal saya. "Berdosa besarkah saya jika keluar dari rumah dan bawa anak-anak pulang ke kampung? Kali ni betul-betul dah tawar hati dan rasa tak selamat untuk balik kepada dia," luah wanita berkenaan. Antara komen netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan. Hantaran wanita itu mengundang perhatian netizen yang rata-rata tampil menasihatkannya mengambil tindakan ke atas suaminya. "Report polis dulu kata suami sabotaj puan. Tunjuk semua bukti yang ada. "Awak pergi report polis sebelum terjadi macam kes-kes sebelum ni. Mula-mula dia macam tu, takut esok dia agresif pula... tak normal suami macam tu. "Ada suami yang cemburu dengan bini. Dia suka kalau bini susah, sakit. Dia nak isteri bergantung dengan dia. Dia tak suka bini lebih berjaya," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube