suria

Lepas mak ayah meninggal, abang mula tunjuk belang... Berkeras suruh jual rumah pusaka, lupa perjanjian asal 9 beradik

Perebutan harta pusaka punca perbalahan adik-beradik. -Gambar hiasan

ANAK-ANAK yang pernah hidup dalam kesusahan cenderung untuk membantu ibu bapanya apabila sudah berjaya.

Malah ada yang sanggup membuat pinjaman kewangan dan berhutang sepanjang hayat demi memberi keselesaan kepada kedua-dua orang tua.

Begitulah yang dilakukan seorang wanita ini apabila dia sanggup membuat pinjaman perumahan dan meletakkan nama bapanya sebagai pemilik rumah.

Bukan itu sahaja, dia turut mengeluarkan perbelanjaan tambahan berjumlah RM150,000 demi mengubah suai rumah keluarga tersebut.

Seorang anak sanggup bekerja keras untuk membahagiakan kedua-dua orang tuanya. -Gambar hiasan

Seorang anak sanggup bekerja keras untuk membahagiakan kedua-dua orang tuanya. -Gambar hiasan

Bagaimanapun masalah berkaitan hak milik rumah itu mula timbul selepas ibu bapanya meninggal dunia.

Ini kerana salah seorang daripada adik-beradik wanita itu menuntut haknya ke atas rumah terbabit sungguhpun mengetahui tentang sejarah pemilikannya.

Kisah wanita itu diceritakan semula oleh adiknya di Facebook bagi mendapatkan kepastian tentang pembahagiaan harta pusaka berkenaan berikutan penama rumah adalah arwah bapa mereka.

"Arwah ayah saya ada tinggalkan rumah atas namanya, tetapi kak long saya yang bayar semua melalui pemotongan gaji setiap bulan dan renovate 150k (RM150,000) menggunakan duitnya.

"Arwah ayah hanya bayar RM4,000 sahaja dan sekarang rumah dah habis bayar... mak dah meninggal dunia," luahnya yang mempunyai sembilan adik beradik.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun bapa sakit tak datang jenguk, lepas meninggal ‘melalak’ tuntut harta... Paling sadis lapor polis tuduh ibu songlap duit arwah

ARTIKEL BERKAITAN: 8 beradik berebut rumah sewa 24 unit, ‘perjanjian mulut’ bertukar selepas ibu meninggal! Bapa usir anak tunggal lelaki tukang bina kediaman

Dia yang enggan dikenali berkata, pada awalnya kesemua adik-beradik bersetuju untuk memberikan hak pemilikan 100 peratus kepada kakak sulungnya.

Bagaimanapun selepas kematian arwah ayah, abangnya tiba-tiba berubah fikiran dan mahu rumah tersebut dijual dan wang perolehan dibahagi mengikut proses faraid.

"Sebelum ini semua setuju nak serahkan rumah kepada kak long.

"Tiba-tiba seorang abang saya berubah fikiran dan berkeras mahu rumah dijual mengikut harga semasa dan minta difaraidkan," luahnya.

Perlu juga faraid, tapi kak long berhak kemukakan bukti dan tuntut semasa bicara nanti.

WARGA MAYA

Dia yang sayu dengan situasi dialami kakak sulungnya turut meminta pandangan daripada pihak peguam di Halaman Facebook Tanya Peguam.

Tambah pengadu, kakak sulungnya mempunyai segala bukti pembayaran sejak rumah tersebut dibeli daripada agensi pengurusan kewangan yang sah.

Hantaran yang dibuatnya itu mendapat perhatian warga maya.

Ramai yang mengecam tindakan abangnya dan menyifatkan individu tersebut sebagai tamak kerana tetap berebut harta yang bukan miliknya.

Warga maya turut berkongsi pandangan masing-masing.

Warga maya turut berkongsi pandangan masing-masing.

Bagaimanapun, kebanyakan warga maya berpandangan rumah tersebut perlu dijual dan baki jualan difaraidkan selepas menolak kos perbelanjaan kerana ia dikategorikan sebagai harta pusaka.

"Boleh jualkan tapi sebelum difaraidkan, kak long kena lawan untuk dapatkan balik semua yang dia bayar... bukti pun ada. Semoga kak long awak dapat hak dia semula.

"Jual rumah, kakak tu ambil bahagian yang dia dah bayar, baki difaraidkan. Biar melopong abang tu.

"Ada bukti transaksi bayaran rumah termasuk bil ubah suai atas nama kak long, dia boleh tuntut bahagian yang dikeluarkan sama ada pemilikan rumah atau bahagian tunai jika dijual.

"Perlu juga faraid, tapi kak long berhak kemukakan bukti dan tuntut semasa bicara nanti," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain