suria

Pemuda hilang sabar pokok getah jiran timpa bumbung rumah, ada lagi tengah tunggu masa nak tumbang

Penghuni rumah hilang sabar selepas pokok getah jiran tumbang di kediamannya. -Gambar hiasan (kiri)

KEHARMONIAN hidup berjiran boleh terganggu sekiranya timbul isu berkaitan pemilikan atau persempadanan.

Seperti yang berlaku kepada seorang pemuda, dia sudah hilang sabar dengan sikap tuan tanah di sebelah rumahnya dan cuba mencari penyelesaian menerusi grup Peguam dan Pengguna Malaysia (PPM).

Dalam perkongsian kisah di Facebook itu, Fadhil Halim bertanyakan pandangan peguam apa yang patut dilakukan terhadap jirannya yang menanam pokok getah di tanah persendirian sehingga mengganggu kawasan rumahnya.

"Di sebelah rumah saya terdapat tanah persendirian yang mana tuannya telah memilih untuk tanam pokok getah.

Hidup berjiran memerlukan kesabaran dan toleransi yang tinggi. -Gambar hiasan

"Baru-baru ini, pokok getah tersebut telah tumbang ke kediaman saya dan merosakkan bumbung rumah.

"Perkara ini telah berlaku sebelum ini tapi saya memilih untuk bersabar," jelasnya dalam posting tular itu.

Dalam perkongsiannya, Fadhil turut memuat naik foto memaparkan sebatang pokok getah yang menimpa bumbung rumahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pokok dibiar merimbun sampai masuk rumah jiran, pemilik langsung tak rasa nak cantas... cantik katanya!

ARTIKEL BERKAITAN: Penghuni flat kumpul sampah depan rumah, jiran-jiran ‘report’ tapi sia-sia... Paling sedih bapa naik wheelchair kena pusing jauh

Kejadian itu menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan dirinya yang tinggal di dalam rumah tersebut.

Memandangkan ini bukan kali pertama kejadian pokok tumbang, Fadhil mahu mencari penyelesaian berikutan masalah dihadapi.

"Terdapat juga beberapa pokok lain yang condong ke rumah saya tunggu masa untuk tumbang.

"Apa perlu atau boleh dilakukan atas pemilik tanah ini kerana mereka seperti tidak peka dan tidak menjaga tanah yang boleh membahayakan orang berada di sekeliling tanah mereka," katanya lagi.

Nak tak nak kena keluar modal upah orang potong dahan yang menghala ke rumah.

NETIZEN

Hantaran tersebut mengundang perhatian orang ramai yang turut menceritakan pengalaman mereka berdepan situasi sama seperti Fadhil.

"Jiran tanah saya ni pula, bila kita beritahu pelepah kelapa jatuh atas bumbung rumah kita habis rosak dan bocor. Tau apa dia cakap... siapa suruh buat rumah tepi tanah dia," ujar seorang netizen.

Dalam pada itu, beberapa warga maya lain turut memberikan cadangan kepada individu ini untuk menyelesaikan masalah dihadapi.

Komen netizen pada hantaran asal.

"Begini la nasib bila buat rumah dalam kampung. Nak tak nak kena keluar modal upah orang potong dahan yang menghala ke rumah.

"Status tanah (pengadu) apa? Selalu pokok getah tanam dekat tanah kebun. Memang tak boleh bina rumah atas tanah kebun. Apa-apa pun rujuk peguam.

"Kalau sukar dihubungi, toreh getah dan jual dan duitnya guna untuk baiki kerosakan. Lebihan duit guna untuk upah orang bersihkan tanah dan pangkas pokok-pokok itu," cadang beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain