PERBUATAN curang seorang lelaki terhadap isterinya mengundang padah sehingga merubah seluruh kehidupannya. Namun nasi sudah menjadi bubur, segala kekesalan selepas hubungan sulit dengan wanita lain berjaya dihidu si isteri tidak akan mengubah apa-apa. "Saya dan isteri sudah berkahwin selama satu tahun dan bersyukur pada Allah dikurniakan anak baru berumur tiga bulan. Kecurangan suaminya sudah berkali-kali dihidu isteri. -Gambar hiasan "Tapi saya ada buat silap, saya curang dan kantoi. Sebelum ini pernah juga kantoi tapi hanya melalui mesej sembang-sembang sahaja," ujarnya dalam hantaran di grup Facebook Kisah Rumah Tangga. Tambah lelaki itu, kali ini dia 'ditangkap' menggunakan servis urut yang akhirnya mengundang kemarahan melampau si isteri. Tanpa dijangka, isterinya juga mula nekad minta untuk dilepaskan. ARTIKEL BERKAITAN: Suami kerja kuat demi famili, gaji 40K tapi isteri 3 kali kantoi curang! Nafkah sebulan 8K, kemewahan bukan jaminan setia ARTIKEL BERKAITAN: “Dia ambil suami saya!” - Wanita meraung, menangis dapat tangkap suami selingkuh dengan wanita Indonesia "Saya baru sedar saya banyak buat silap. Saya mengaku saya jahat dan saya tak nak mengulanginya lagi. "Cuma sekarang isteri saya sudah kecewa sangat dan dia ingin saya lepaskan dia dengan cara baik. Bermacam cara saya sudah pujuk tapi memang tak menjadi. "Isteri saya dah tekad untuk bercerai. Saya ada beritahu ibu bapa saya fasal benda ni dan mereka marahkan saya. Nasihatkan supaya tidak bercerai sebab anak kami kecil lagi," ujarnya. Bukan hal kecil ni... kena doa la banyak-banyak pada Allah lembutkan hati isteri tu. NETIZEN Dalam hantaran sama, lelaki ini meminta orang ramai memberikan pendapat agar rumah tangganya dapat diselamatkan. Katanya, dia berasa malu sekiranya punca penceraian disebabkan kekhilafan sendiri diketahui keluarga mentuanya. "Saya malu dengan keluarga mentua kalau mereka dapat tahu kami bercerai. Adakah saya patut teruskan untuk bercerai?" soalnya. Susulan itu, pelbagai reaksi netizen dapat dilihat di ruangan komen dengan rata-ratanya berpihak kepada si isteri. Komen netizen pada hantaran asal. "Bukan hal kecil ni. Kena doa la banyak-banyak pada Allah lembutkan hati isteri tu. Tapi mana-mana isteri pun susah nak terima salah yang macam ni. Semoga dipermudahkan. "Berubah dengan buktikan sentiasa ada bersama isteri, pujuk. Yang isteri pun sepatutnya bagi peluang. Mungkin ada hikmah di sebalik yang berlaku. Semua pernah lakukan kesilapan tapi hanya sekali je dalam seumur hidup. Bina hidup baru. "Susah nak percaya lelaki kata sudah menyesal. Kecewanya seorang isteri tu tak dapat nak dibayangkan dengan apa pun. Runtuhnya sesebuah institusi kekeluargaan itu 90 peratus terletak pada cara suami menanganinya," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube