suria

Pesan makanan pilih bayar cash, pelanggan herdik rider ‘kuno’... Tak kan buat ‘payment’ selagi tak bagi kod QR

Penghantar makanan akur pelanggan ambil makanan sebelum bayar. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki meluahkan rasa tidak puas hati ketika menempah pesanan menggunakan khidmat penghantaran makanan.

Dalam hantaran dikongsikan di Facebook Grabfood Rider Malaysia, pelanggan ini membuat pesanan stik dan memilih mod pembayaran secara tunai.

Bagaimanapun, dia mengeluarkan kata-kata kesat terhadap rider penghantar makanan yang tidak mempunyai kod imbasan QR bagi membolehkan dia membuat pembayaran.

Setiap penghantar makanan tak terlepas 'diuji' dengan sikap pelanggan. -Gambar hiasan

"Saya baru lepas maki seorang rider. Saya pilih cara pembayaran melalui tunai.

"Jadi bila steak yang saya pesan sampai, saya minta imbasan kod QR. Kemudian rider tu cakap la kan cakap bayar tunai, saya tak ada kod QR bang.

"Saya tanya la dia ni hidup zaman apa? Tak kan dah (masuk) tahun 2024, QR code pun tak ada," ujarnya mempertikai servis rider berkenaan.

Selepas mendengar jawapan rider tersebut, dia tetap berkeras enggan membuat pembayaran dalam bentuk tunai.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar jadi ‘rider’ separuh masa mengadu penat, cemburu tengok kawan hidup senang - “Saya kena bersusah payah”

ARTIKEL BERKAITAN: Bengang ‘rider’ malas naik rumah, pelanggan buat keras kepala tak mahu turun - “Kau pandai-pandai la cancel makanan tu”

Malah, dia memutuskan untuk mengambil makanan dipesan terlebih dahulu walaupun belum membuat pembayaran kepada rider berkenaan.

"Jadi saya ambil makanan dan cakap dekat dia kalau nak duit, WhatsApp (mesej) saya kod QR.

"Kemudian saya 'blah' naik (ke rumah). Akhirnya dia pun bagi kod QR dekat WhatsApp.

Sudah tahu nak bayar online, kenapa tak bayar je awal-awal secara dalam talian.

NETIZEN

"Lain kali nak jadi rider jangan malas ye," katanya lagi dalam satu hantaran sama.

Susulan perkongsian pengalaman oleh pelanggan ini, ramai warga maya tidak bersetuju dengan tindakannya.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut mempertikai tindakannya yang tidak menggunakan mod pembayaran dalam talian (online) yang disediakan kepada pelanggan.

Rata-rata menganggap tindakan lelaki sebagai tidak wajar kerana dia mempunyai wang di dalam akaun bank untuk terus melakukan transaksi pembayaran selepas membuat pesanan.

Komen netizen di Facebook.

"Dah kalau QR, apa pasal tak terus Grabpay je 'mangkuk'.

"Sudah tahu nak bayar online, kenapa tak bayar je awal-awal secara dalam talian. Ni nak bayar tunai. Bila sampai nak online pula.

"Spesis bebal. Sudah order tunai, kau bagi la cash. Kalau nak guna QR, maknanya dalam bank ada duit. Kalau Touch 'n Go, boleh je minta no akaun dia. Terpaling savage (ganas) la tu sudah ambil makanan naik atas," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain