PENGALAMAN mendewasakan kita dan mengajar erti kehidupan yang sebenar. Maka tidak hairanlah apabila ramai yang memilih untuk merantau dan membina kerjaya terlebih dahulu berbanding menamatkan zaman bujang lebih awal. Menerusi hantaran di laman X, seorang wanita berkongsi pengalaman pahitnya dek kerana mendirikan rumah tangga pada usia muda. Tambahan pula, ikatan perkahwinan dibuat semasa dia masih bergelar pelajar universiti. Wanita yang telah berkahwin perlu mentaati suaminya. -Gambar hiasan "Aku dah berkahwin dan aku nak kongsikan kepada anda semua. "Selepas berkahwin, anda dah ada tanggungjawab dan perlu taat (pada suami)," ujarnya menujukan pesanan kepada kaum wanita sepertinya. Berdasarkan luahan yang dibuat, dia yang seolah-olah tidak bahagia dengan bahtera rumah tangganya turut menasihati anak gadis supaya tidak terlalu mengikut kata hati untuk bergelar isteri. Mengimbau perjalanan hidupnya, ujar wanita ini, dia terpaksa melupakan usia muda kerana perlu menggalas tugas sebagai isteri. ARTIKEL BERKAITAN: Cukup sekadar ada SPM, remaja perempuan kahwin usia 18 tahun mahu setia di sisi suami... Rela jadi suri rumah sepenuh masa ARTIKEL BERKAITAN: Gadis sukar pilih bakal suami! Calon pertama tua dan berduit... Lelaki kedua muda, ego tapi ada ‘feel’ dalam hati Malah dia mengakui kehidupannya pada masa tersebut dikongkong oleh suami kerana tidak dapat melakukan aktiviti luar seperti rakan sekelas yang lain. "Terutama untuk wanita yang masih lagi berstatus pelajar, tolong jangan kahwin sekiranya suami jenis tak supportive. "Di saat kawan lain seronok keluar, kau kena balik rumah sebab suami tak izinkan keluar," luahnya sayu. Kahwin tu tak salah, kau tu yang salah interpretasi lepas kahwin boleh hidup macam orang bujang WARGA MAYA Menurutnya, perkara yang sukar dilupakan adalah dia tidak dapat mengikuti setiap aktiviti universiti walaupun pada semester akhir pengajian. "Even last trip semester pun tak dapat nak sertai. Sedih sangat," imbaunya lagi. Hantaran yang dibuatnya itu mendapat perhatian warga maya selepas dikongsikan seorang pelayar X. Aktiviti bersama rakan-rakan universiti pasti memberi pengalaman yang bermakna. -Gambar hiasan Malah individu itu turut menyalahkannya kerana tidak berfikir panjang sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin di usia muda. "Keluarga hantar pergi universiti untuk belajar, kau pergi kahwin kenapa? Jadi hadap je," ujarnya sinis. Perkongsiannya mendapat perhatian para pengikut di laman X. Warga maya menasihatinya supaya fokus pada kehidupan berumah tangga. Ramai yang bersetuju dengannya dan menyalahkan wanita terbabit kerana membuat keputusan terburu-buru sehingga akhirnya kesal. "Orang kahwin, kau pun nak kahwin tapi kau cemburu tengok kawan-kawan single. Kesian mak ayah hantar pergi universiti untuk belajar tapi pilih nak kahwin. "Tak payah nak cerita sangat, perkara ni semua orang dah tahu... kau je macam terkejut, ingat lepas kahwin boleh hidup macam orang single ke? "Inilah yang dikatakan terlalu muda untuk faham segala-galanya. Kahwin tu tak salah, kau tu yang salah interpretasi lepas kahwin boleh hidup macam orang bujang," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube