SELAIN menjalin hubungan sebagai kekasih, segelintir individu memilih kaedah taaruf untuk mengenali pasangan masing-masing sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Mereka yang memilih kaedah tersebut cenderung untuk berkongsi perihal diri kepada pasangan termasuk perkara-perkara sumbang yang pernah dilakukan. Tambahan pula, pasangan pastinya akan mengajukan soalan-soalan berkaitan keaiban bagi memastikan calon suami atau isteri tidak melakukan perkara sumbang. Wanita tidak sepatutnya mengajukan soalan yang membuka aib pasangannya. -Gambar hiasan Menerusi hantaran tular, seorang individu yang enggan mendedahkan identiti berkongsi pengalaman semasa sesi taarufnya dengan pasangan. Menurut lelaki ini, dia tidak menjangka akan diajukan soalan sama ada pernah melayari video pornografi atau sebaliknya. "Calon taaruf saya tanya, pernah tengok video tak senonoh atau tidak," katanya berkongsi cerita. ARTIKEL BERKAITAN: 2 tahun bertunang, pemuda tarik diri tak mampu sedia duit hantaran! Lepas putus, canang ‘belah perempuan bermasalah’ ARTIKEL BERKAITAN: Tunang tiba-tiba ‘resign’, tiada usaha cari kerja... Gadis ragu-ragu nak kahwin lepas ternampak baki akaun terkini Dia yang beranggapan soalan tersebut seolah-olah membuka aib, mengambil pendekatan untuk menipu dan menafikan perbuatannya. "Saya menipu jawab 'tak'. Betulkah tindakan saya tu," ajunya di laman X. Menjawab persoalan yang ditimbulkan, seorang pendakwah bebas yang dikenali sebagai Nasrullah berkata, umat Islam tidak dituntut untuk menjawab soalan yang mengaibkan. Sudah bertaubat tak perlu buka cerita, dia pun tak berhak tanya perkara macam tu. WARGA MAYA Bahkan katanya, soalan-soalan melibatkan dosa dan keaiban yang tidak terzahir tidak sepatutnya ditanya. "Sepatutnya soalan yang melibatkan dosa-dosa dan keaiban yang tidak terzahir tidak ditanya dan tidak dijawab. "Kita tidak dituntut untuk menjawabnya kerana Allah sudah sembunyikan," jelasnya. Antara komen warga maya. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya meluahkan rasa terkejut dan tidak mengetahui perbuatan terkutuk yang pernah dilakukan tidak wajar didedahkan kepada pasangan sebelum berkahwin. "Jadi soalan-soalan macam ni boleh menipu? Bukan pada taaruf sahaja tapi pada kawan atau kenalan? "Kalau selepas kahwin baru tahu dia tengok video tak senonoh, perempuan harus buat apa? "Sudah bertaubat tak perlu buka cerita, dia pun tak berhak tanya perkara macam tu. "Dulu kat sekolah cikgu pernah tanya siapa tak sembahyang pagi tadi... dah besar baru tahu tak perlu jawab soalan macam tu," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube