KEHADIRAN pelanggan dengan pelbagai ragam kadang-kala boleh menyebabkan para peniaga pening kepala. Di Facebook, seorang peniaga tular apabila dia berkongsi cerita tentang seorang pelanggannya. Menurut Sha Rahman, dia menggelarkan individu itu sebagai customer aneh (CA) ekoran permintaannya yang tidak masuk akal. Antara makanan yang dijual di kedai itu. "CA makan bersama anaknya umur lebih kurang lima ke enam tahun dan remaja perempuan, mungkin adiknya. Dah siap makan, kami kira, bawa keluar resit dan bayar. "Tiada masalah. Tiba-tiba, staf cakap, pelanggan nak mangkuk. Blur ya. Bengkak otak kejap berfikir. Nak mangkuk? Dia nak mangkuk sos. "Nak bawa balik rumah, serius ya. Kami tak tahu nak react macam mana. Dah kenapa kak oi sampai nak bawa balik mangkuk sos kami?" ujar Sha dalam perkongsian itu. Mana mangkuk kami? Kalau akak baca, pulangkan balik ya. SHA RAHMAN PENGUSAHA KAFETERIA Selepas dipujuk dengan janji untuk memulangkannya semula, Sha berkata dia akhirnya membenarkan pelanggan itu membawa pulang mangkuk berkenaan. Namun katanya, hari berganti hari, malah sudah lebih seminggu berlalu tetapi pelanggan itu terus sepi dan tidak hadir semula untuk memulangkan mangkuk tersebut. "Kami berniaga makanan, bukan jual pinggan mangkuk. Adoi kak, kenapa akak buat perangai macam ni? Ayat CA seterusnya, dia kata tak apa, esok saya hantar balik. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda terharu dapat abang mekanik jujur, selamat RM700! Sayu fikir income tak sekencang bengkel tipu pelanggan ARTIKEL BERKAITAN: Perut lapar, hati sakit! Pelanggan bengang kedai makan tak sedia menu bergambar... Makin geram pelayan pun tak membantu "Ambillah. Esok jangan lupa hantar. Mungkin sedap sangat, CA nak letak mangkuk tu bawah bantal, boleh bawa ke mimpi. Kami cuba untuk faham pelanggan. "Kak, dah masuk minggu baharu. Mana mangkuk kami? Kalau akak baca, pulangkan balik ya. Kami ni bukannya tak boleh terima kenyataan. "Kami ni juga bukanlah sejenis mati rasa, tiada sifat kemanusiaan. Tapi, aduh, anehnya perangai kami," ujarnya yang mengusahakan Kafeteria Warung Aisyah di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur. Perkongsian kisah mencuit hati itu tular di Facebook dan turut dihujani ratusan komen netizen. Komen netizen berhubung kisah berkenaan. Selain hairan dengan sikap pelanggan berkenaan, beberapa individu turut memberi cadangan agar peniaga menghalalkan sahaja mangkuk berkenaan. "Halalkan, berapa saja harga benda tu. Insya-Allah, Allah akan ganti dengan yang lebih baik lagi. Hati pun lapang dan lega. "Moga Allah luaskan lagi rezeki perniagaan kamu, mungkin apabila kamu halalkan satu mangkuk, Allah gantikan dengan 100 mangkuk. "Dia boleh ambil senyap-senyap, tapi dia minta izin. Kalau awak beri dengan ikhlas, banyak pahala tu," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube