suria

Kurang senang cikgu dapat lipstik T20, jurutera bimbang timbul isu pilih kasih... Persoal status polisi tiada hadiah penjawat awam

Amalan memberi hadiah sempena Hari Guru sudah menjadi kebiasaan sejak sekian lama. -Gambar hiasan

SUDAH menjadi tradisi setiap kali tibanya sambutan tertentu di sekolah seperti Hari Guru, majoriti pelajar akan memberikan hadiah sebagai tanda penghargaan buat guru mereka.

Kecil atau besarnya nilai sesuatu hadiah bukanlah ukurannya, kerana bagi pelajar pemberian berkenaan adalah untuk menzahirkan ucapan terima kasih mereka di atas ilmu yang dicurahkan.

Bagi pelajar yang berasal dari golongan berkemampuan, rata-rata ibu bapa mereka sama sekali tidak berkira untuk membelikan hadiah yang agak mahal kerana berpandangan, ilmu serta jasa guru tiada bandingannya.

Bagaimanapun, amalan pemberian hadiah ini mengundang rasa kurang senang seorang individu yang tampil bersuara menerusi satu hantaran di Facebook.

1

Pemberian hadiah kepada penjawat awam dikhuatiri akan menimbulkan konflik kepentingan atau rasuah. -Gambar hiasan

"Saya ingin tahu, sebagai penjawat awam seperti cikgu, adakah terdapat mana-mana arahan atau guideline tentang hadiah yang diterima cikgu ketika birthday atau Hari Guru?

"Sebab selalu ternampak update daripada guru, terbaru dapat lipstick T20 yang mahal," tulis individu yang tidak mendedahkan identiti diri itu.

Hujahnya, golongan guru sewajarnya bertindak profesional dengan tidak menerima hadiah yang mahal kerana dibimbangi wujud sikap pilih bulu dalam kalangan pelajar.

ARTIKEL BERKAITAN: "Cikgumu kafir nak..." - Guru bukan Muslim dapat hadiah sejadah dan tasbih digital, ada 2 sebab buat murid keliru

ARTIKEL BERKAITAN: Syukur ramai skor A subjek diajar, guru dapat kejutan kedua! Pelajar datang rumah nak lepak, angkut sekali TV baharu

"Secara tidak langsung, budak yang memberi itu akan mendapat layanan istimewa.

"Sekiranya perkara ini tidak dibendung awal-awal, akan menjadi trend buruk di mana ibu bapa berlumba-lumba hadiahkan hadiah mahal untuk guru," tulisnya.

Kalau hadiah yang diberi berbalas tender ke, tanah ke, rumah ke... logiklah nak insecure.

NETIZEN

Individu berkenaan turut memberi contoh mengenai garis panduan atau polisi menerima hadiah yang diamalkan syarikatnya.

"Saya sendiri kerja swasta sebagai engineer pun ada guideline, hadiah yang diterima hendaklah di bawah nilai RM50, dan hadiah itu hendaklah tidak berupa wang (seperti emas, baucar dan lain-lain)," tulisnya.

Hantaran individu berkenaan mengundang perhatian warga maya yang tampil dengan reaksi pelbagai.

Segelintir daripada mereka menyifatkan perkara tersebut bukan isu yang perlu diperbesarkan.

komen cikgu

Antara komen netizen terhadap hantaran individu berkenaan.

"Ini pun jadi hal ke. Tiada masalah... belum ada lagi kes kat Malaysia, cikgu letak pisau kat leher parents untuk bagi hadiah. Siapa nak buat, silakan.

"Pernah 'tersakiti' sebab tak dapat nak jadi cikgu masa habis belajar dulu? Teruk sangat dia punya 'risau' cikgu dapat hadiah mahal.

"Cikgu ni kalau dapat hadiah kereta sekalipun, tak ada benefit lain yang boleh diberikan sebagai imbalan kepada murid selain ilmu. Kalau hadiah yang diberi berbalas tender ke, tanah ke, rumah ke... logiklah nak insecure," komen netizen.

Bagaimanapun, ada yang berpandangan bahawa garis panduan yang sudah dikeluarkan untuk penjawat awam berkaitan hadiah perlulah dipatuhi dan terpakai kepada semua termasuk guru.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain