SUDAH menjadi trend dalam kalangan muda mudi hari ini, bakal raja sehari tidak kira lelaki atau perempuan akan diraikan dalam satu acara khas sebelum mereka mengakhiri zaman bujang. Dikenali sebagai parti bachelor atau bachelorette (parti bujang), ia adalah budaya barat yang semakin diangkat segelintir pihak di Malaysia atas prinsip 'berfikiran terbuka'. Ini termasuklah tunang kepada seorang lelaki yang akhirnya tindakan tersebut mengundang padah dan memakan diri sendiri. Menerima berita yang tidak disangka-sangka. -Gambar hiasan Berkongsi cerita, pemuda berkenaan terkejut apabila tunangnya ditangkap khalwat dengan beberapa lelaki di satu lokasi yang tidak didedahkannya. “Tunang aku kena tangkap basah dalam hotel dengan seorang perempuan dan enam lelaki,” katanya menerusi satu luahan di laman X. Susulan kejadian berkenaan, lelaki itu berkata dia kini digesa untuk mempercepatkan majlis perkahwinan demi menjaga aib tunang yang ditangkap khalwat. “Mak, abang dia sibuk telefon aku suruh kahwin dengan dia sebab nak jaga air muka,” ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Dah nak kahwin, BF masih ‘gila’ patung anime! Gadis berubah hati lepas kenal bakal abang ipar, lebih matang dan ‘caring’ ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sukar lepaskan ex-BF berstatus suami orang... Akui isterinya baik, bergelar ustazah tapi rasa sayang atasi segala Mengimbas kembali sebelum kejadian, lelaki itu berkata dia pernah memberi nasihat dan amaran kepada tunangnya supaya menjaga batas pergaulan sekiranya mahu merancang untuk mengadakan parti sedemikian. “Aku beritahu perempuan tu, parti bachelorette jangan buat malam, buat siang dekat restoran sebab dia cakap nak staycation. “Aku marah tapi aku lebih berterima kasih sebab kejadian terjadi sebelum nikah,” jelasnya. Tunangnya ditangkap khalwat bersama lelaki lain. -Gambar hiasan Menurut pemuda itu, sikap tunangnya yang sering mengamalkan pergaulan bebas bukan perkara baharu, malah pernah disuarakannya. “Benda ni dah lama jadi isu. Lepak dengan kawan lelaki sampai pagi buta. Kawan tahu semua waktu dia period, dah habis period. Dilayan bagai puteri katanya. “Mak dia pun biarkan sebab daripada kecil kawan, malu nak tegur sebab mak ayah dah kenal. Aku bodoh sebab cinta sebelum ni,” katanya yang tidak mahu lagi melayan kebodohan tersebut. Nasib baik dapat tahu sebelum nikah... tapi sakitnya hati apajbila dapat tahu. WARGA MAYA Malah, dia juga enggan meneruskan perkahwinannya bersama tunang yang sepatutnya berlangsung seperti yang dirancang. “Biar perempuan tu bayar balik semua. Kalau tak nak bayar, selesai di mahkamah. Duit tunang pun aku akan tuntut semua,” katanya dengan tegas. Lelaki ini kesal dengan kejadian yang berlaku. -Gambar hiasan Sebagai peringatan, janganlah seseorang itu menghampiri zina dan perbuatan zina itu adalah dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. Menerusi ruangan komen, luahannya itu ternyata mengejutkan warga maya yang menzahirkan rasa simpati kerana insiden itu berlaku menjelang hari perkahwinannya. “Nasib baik dapat tahu sebelum nikah. Tapi sakitnya hati apabila dapat tahu. “Wow, nafsu apa sampai enam lelaki layan? Tindakan bijak, jangan jadi pak sanggup “Ada manusia memang tak guna akal sebab suka ikut kepala sendiri. Bersyukurlah jadi sebelum kahwin. Kalau dah kahwin nanti susah nak didik sebab dari awal dia dibiar begitu. Untuk kamu, carilah kebahagiaan dengan wanita yang lebih baik,” komen warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube