PESANAN yang dititipkan oleh seorang anak perempuan kepada emak dan ibu mentuanya yang mahu mengikuti rombongan ke Hatyai, Thailand ini membuatkan ramai terhibur. Dalam satu hantaran di Facebook, Junaidah Saat memberitahu ibunya, Jamilah Majid, 76, dan mentua supaya tidak membawa pulang 'bapa baharu' selepas pulang dari bercuti. "Saya beritahu mak pergilah nikmati dunia Thailand. Saya pesan jangan bawa balik 'bapa Thailand' je. "Kenapa ada pesanan jangan bawa balik lelaki dari sana tu sebab mak dan ibu mentua saya ni dua-dua berstatus janda. Jamilah (kanan) dan Roliah berkawan baik. "Saya buat pesanan macam tu dekat Facebook sebab nak melawak je dengan mereka. Tak sangka boleh viral pula," ujarnya kepada mStar. Menurut Junaidah, ibunya pergi bercuti bersama besannya, Roliah Juraimi, 63, dan mereka merupakan warga emas yang mengalami masalah kesihatan. Maka, wajarlah seorang anak berasa bimbang sekiranya perkara buruk berlaku apabila mereka berada jauh di negeri orang. ARTIKEL BERKAITAN: 40 tahun bersahabat, geng acik-acik lepas geram travel bersama! Anak-anak dah besar, ada ‘berderet’ tempat nak pergi ARTIKEL BERKAITAN: Makcik datang rumah minta sebiji telur ayam, penternak ‘tercabar’ terus bagi 10 biji! Tak sangka dapat balasan serta merta Menurut Junaidah, rombongan menaiki dua buah bas itu disertai oleh 60 penduduk kampungnya yang merupakan warga Felda Tenggaroh 3, Mersing, Johor. "Mak mesej beritahu saya nak ikut rombongan pergi Thailand menaiki bas. Anak-anak Felda kampung mak yang anjurkan. Mak tak pernah pergi ke sana. Warga Felda turut mengikuti rombongan ke Hatyai. "Disebabkan mak nak pergi, saya minta suami ajak mak mentua pergi sekali. Ada golongan cucu, anak-anak dan jiran-jiran terdekat rumah mak pun pergi juga. "Mulanya mak tak nak pergi sebab sakit kaki, bimbang dia berjalan lambat. Lepas mak ajak kawan-kawan yang alami masalah sama (sakit kaki) pergi, baru la dia setuju ikut. Jadi ada 'geng sakit kaki'," jelasnya. Dalam hantarannya di Facebook, Junaidah turut memuat naik sekeping foto ibu dan mentuanya yang kelihatan ceria sebelum berangkat ke Thailand. Bercerita lanjut, Junaidah berasa lega apabila kedua-dua orang tuanya yang bercuti ke Thailand pada Khamis lalu pulang ke Malaysia dengan selamat. Kisah Junaidah kongsikan mendapat perhatian di Facebook. "Mak dengan mentua saya ni duduk dekat je. Kediaman kami pun selang tiga buah rumah je. Memang biasanya kalau berjalan, saya bawa kedua-duanya sekali. "Lagi pula mereka berdua ni memang rapat dari dulu. Jadi masa mak berat hati nak pergi, saya suruh suami ajak mak (mentua) suruh ikut sekali. Biasa kalau mak berjalan perlahan, mak mentua pun ikut sama (perlahan). "Alhamdulillah mereka dua-dua balik dengan selamat tapi tak ada bawa balik 'bapa baharu'. Saya ada suruh mereka cuba makanan dekat floating market tapi diaorang tak selera. Orang tua agaknya... tak sama selera dengan orang muda," ujarnya. Untuk makluman, Junaidah Saat merupakan adik kepada vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube