MENERIMA penghargaan atas prestasi perkhidmatan yang disumbangkan akan membuatkan seseorang individu itu berasa lebih bermotivasi dan bersemangat. Melalui situasi sama, seorang graduan muda berkongsikan kegembiraan di platform X selepas gajinya dinaikkan sebanyak 10 peratus. Tambahan pula, dia baru sahaja berkhidmat selama enam bulan di syarikat berkenaan. Persekitaran yang positif akan menaikkan semangat pekerja. -Gambar hiasan "Nak kongsikan berita gembira, aku graduan baru kejuruteraan... berkhidmat dalam enam bulan. "Hari ini aku dapat kenaikan (gaji) kedua sebanyak 10 peratus daripada syarikat," katanya, gembira. Menurut anak muda ini, kenaikan tersebut adalah disebabkan majikannya menghargai perubahan yang dilakukan di dalam syarikat. ARTIKEL BERKAITAN: Suami naik pangkat, isteri tak suka! Syak bos jadikan kambing hitam syarikat, salah langkah terjerat hutang ARTIKEL BERKAITAN: Diarah pindah ke tempat kerja jauh dari rumah, wanita terpaksa resign! Sedar bos guna cara ‘halus’ buang staf Tambahan pula, perubahan itu dilakukan dalam tempoh yang amat singkat. "Bos appreciate sangat perubahan yang aku dah buat pada syarikat dalam tempoh yang singkat ni. "Dia cakap aku jadikan suasana persekitaran positif, di pejabat dan juga tempat penyimpanan," tambahnya tanpa menyatakan bidang kerja atau syarikat tempat dia bekerja. Syarikat macam ni akan jaga kau. Mesti dia akan cuba penuhkan apa saja permintaan kau, good luck dan terus jadi diri sendiri. WARGA MAYA Luahan kegembirannya itu turut mendapat maklum balas positif daripada warga maya. Selain memberi ucapan tahniah dan meraikannya, terdapat juga pelayar yang memintanya supaya berhati-hati kerana dirinya akan kurang disenangi oleh individu yang berhasad dengki. "Simpan untuk diri sendiri je, ramai yang hasad dengki nanti. Ramai yang meraikannya di ruangan komen. "Teruskan usaha awak tu, syarikat ni bagus dan cuba jadi setia serta terus bekerja dengan cemerlang sebab awak ada peluang untuk jadi bos besar suatu hari nanti. Lagipun bahagian pengurusan dah nampak... kerja keras dan nikmati penghargaan kemudian. "Syarikat macam ni akan jaga kau. Mesti akan cuba penuhkan apa saja permintaan kau, good luck dan terus jadi diri sendiri... jangan buat perangai je! "Tahniah. Anak saya pun baru masuk politeknik, dalam proses jadi jurutera. Doakan dia berjaya juga," ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube