KISAH tuan rumah mengalami kerugian disebabkan sikap penyewa yang tidak bertanggungjawab dan gemar mengambil kesempatan sering dikongsikan di media sosial. Bagaimanapun, menerusi satu hantaran, seorang penyewa berkongsi kegusaran apabila tuan rumahnya seolah-olah enggan memulangkan semula wang deposit sewaan. Bukan itu sahaja pemilik kediaman yang disewanya itu turut memberikan senarai kos baik pulih serta kos ganti rugi kepadanya selepas dia berpindah. Tangkap layar perbualannya dengan tuan rumah berhubung kos baik pulih rumah yang disewa. Menerusi tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp, kos keseluruhan yang dinyatakan pemilik kediaman adalah RM5,430 manakala deposit yang dibayar sebelum mendiami rumah sewa berjumlah RM4,200. Malah, pemilik juga menyatakan bahawa dia perlu membuat bayaran tambahan sebanyak RM1,230. Mengakui pertama kali berpindah keluar dari rumah sewa, dia meminta pandangan warga maya sama ada situasi yang dialami tersebut wajar atau sebaliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu tengok habuk bawah pintu, grill dapur! Tuan rumah cerewet penyewa beri notis nak keluar, ramai syak helah nak ‘burn’ deposit ARTIKEL BERKAITAN: Tuan rumah buli penyewa, cari alasan nak halau lepas 2 bulan sewa... Rupanya taktik nak ‘burn’ duit deposit! “Aku minta landlord deposit sejak dah keluar dan ini dia bagi senarai baik pulih serta kos. Basically repair semua benda,” katanya. Dia berpandangan, ganti rugi tersebut adalah tidak wajar kerana kelengkapan rumah yang disediakan seperti kabinet dapur, lampu, kunci dan lantai bersifat ‘uzur’. Hantaran yang dibuatnya itu mendapat perhatian seorang lagi pelayar X yang dikenali sebagai Alan. Aku pun pernah kena, aku suruh dia baca agreement dia buat baru terkebil-kebil. WARGA MAYA Bersimpati dengan nasib lelaki tersebut, Alan menceritakan pengalaman rakannya yang hampir sama. “Kawan aku kena macam ni dengan tuan rumah. Dia terus bawa claim against landlord pada KPDNKSP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup),” ujarnya. Menurut Alan, selain berjaya memperoleh keseluruhan deposit, rakannya juga menerima pampasan penukaran engsel pintu almari. Warga maya turut meluahkan rasa tidak puas hati berhubung tindakan tuan rumah terbabit. Ia berikutan, tuan rumah rakannya meminta bayaran sebanyak RM200 bagi kos ganti rugi engsel berkenaan. “Dapat balik keseluruhan deposit. Siap dapat lebih sebab tuan rumah tipu bayaran engsel almari, dia claim RM200... kawan aku minta dia (tuan rumah) bayar dan letak dalam claims,” jelasnya. Perkongsiannya itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakannya pernah berdepan situasi yang sama. “Perkara ni jadi dekat aku tapi dari bulan Disember, tak selesai lagi. Masib boleh claim ke? Ada time limit ke nak report ke KPDNKSP? “Aku dulu, dia minta kos cat rumah sampai RM2,000 sebab cat tak sekata dan kuning-kuning. Dulu aku masuk pun bukan kau bagi cat baru pun, apabila keluar aku nak kena bagi cat baru pula. “Aku pun pernah kena, aku suruh dia baca agreement dia buat baru terkebil-kebil,” ujar beberapa warga maya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube