suria

Suami izin kerja di Pantai Timur, isteri menggatal dengan laki lain! Mujur housemate tak berahsia, dedah setiap malam giat buat aktiviti bersama

Setiap pasangan tidak dapat lari daripada diduga dengan pelbagai masalah.

TIDAK semua pasangan suami isteri berpeluang menjalani kehidupan berumah tangga bersama-sama dengan tinggal di bawah satu bumbung setiap hari.

Ada dalam kalangan mereka yang terpaksa menjalinkan perhubungan jarak jauh (PJJ) atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Begitulah juga dengan lelaki ini yang mana pasangannya terpaksa tinggal berasingan atas tuntutan kerja.

Namun, timbul kegusaran dalam hati lelaki ini mengenai kehidupan isterinya bersama rakan-rakan dan dia membuat luahan menerusi grup Masalah Rumah Tangga di Facebook.

Seorang lelaki kecewa dengan sikap isterinya yang tinggal berasingan atas tuntutan kerja. -Gambar hiasan

"Saya dan anak tinggal di Kuala Lumpur. Isteri kerja dekat Pantai Timur. Isteri tinggal di rumah sewa bersama beberapa perempuan bujang di sana.

"Tempat kerjanya jauh juga. Maka dia terpaksa ulang alik pergi dan balik kerja dengan menaiki kenderaan awam," katanya memulakan cerita.

Menurut lelaki yang tidak mendedahkan identiti diri ini, dia mendapat tahu ada seorang jejaka meminati isterinya di tempat kerja.

Lebih parah lagi apabila lelaki tersebut dikatakan cuba merampas isterinya dengan menambat hati wanita ini melalui pelbagai cara.

ARTIKEL BERKAITAN: Penuntut universiti geram rakan kuliah PJJ sambil lewa, siap tak tahu deadline pembentangan... Konon terpaling sibuk bekerja

ARTIKEL BERKAITAN: Bangga dengan ‘babah’, anak perempuan sarung uniform pemandu peribadi... Terkejut bapa PJJ tiba-tiba muncul depan pintu kelas

"Sudah lama lelaki itu cuba pelbagai cara untuk dapatkan isteri saya. Lama-lama lelaki itu semakin rapat dengannya.

"Lelaki itu sudah berumur tapi berkerjaya orangnya. Dia kesunyian dan terdesak untuk mencari calon isteri," ujarnya.

Antara usahanya adalah menghantar wanita itu ke tempat kerja.

Kegiatan isterinya dengan jejaka itu didedahkan oleh rakan serumah wanita itu sendiri.

Kalau sudah keluar setiap malam tu kau rasa dia pergi mana? Main guli ke?

NETIZEN

"Melalui cerita rakan serumahnya, lelaki itu bawa keluar setiap malam dan pernah bawa kenalkan dekat famili," ujarnya.

Hantaran yang dikongsikan ini meraih pelbagai reaksi netizen yang turut bersimpati dengan nasibnya.

Rata-rata warga maya berharap supaya rumah tangganya dapat diselamatkan memandangkan mereka sudah mempunyai cahaya mata bersama.

Komen netizen di Facebook.

"Berbincang dari hati ke hati. Suruh dia terus terang.

"Kalau sudah terlambat, satu je bang. Cerai atau beri peluang. Lepas tu jangan lupa saman lelaki orang ketiga atau perosak rumah tangga tu dekat mahkamah dengan bukti-bukti.

"Bukan nak cakap apa la. Kalau sudah keluar setiap malam tu kau rasa dia pergi mana? Main guli ke? Fikir logik la kucing kalau tengok ikan lama-lama, tak kan dia tenung je. Sah-sah la dia makan," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain