suria

Pelanggan order bihun sup, tauke gerai ‘over excited’! Rupanya si penjual cuma tumpang berniaga, tak yakin ada pembeli

Seorang wanita mencari rezeki di medan selera. -Gambar hiasan

BUKAN mudah untuk memulakan perniagaan kerana modal sememangnya diperlukan untuk apa jua jenis bisnes.

Jika mahu mencari rezeki dalam bidang makanan dan minuman (F&B), antara aspek penting yang perlu difikirkan pastinya premis perniagaan.

Namun, kisah seorang wanita yang menjual bihun sup dengan cara tidak disangka-sangka menarik perhatian seorang pemilik kedai komputer untuk berkongsi cerita.

Pelanggan berkunjung ke medan selera kerana pelbagai makanan yang ditawarkan. -Gambar hiasan

Menurut lelaki itu, seorang pelanggan mahu bertemu dengannya di sebuah medan selera untuk membeli sejumlah komputer riba dan mesin pencetak.

“Pelanggan hantar satu lokasi, sebuah medan selera. Nanti order la dulu apa nak makan. Saya belanja, maaf buat tertunggu. Ada hal tadi.

“Tak apa. Saya tunggu. Banyak dia beli hari tu. Yang saya kagum, dia beli untuk anak-anak kawannya. Dulu dia susah, kawan-kawan inilah yang bantu dia.

“Kali ini, dia pula bantu belikan laptop dan printer untuk anak-anak kawannya yang dapat tawaran universiti,” kata Muhammad Abu Hurairah Roslan menerusi satu hantaran di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Datang dari kampung, ibu tunggal ke kedai laptop pukul 6.30 pagi bawa segenggam duit seringgit demi anak masuk IPT

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Cina kusut, hanya ada RM3 nak beli minyak kereta balik Tanjong Malim... Mujur ada hamba Allah baik hati, tolong isi ‘full tank’

Ketika sedang duduk sambil memikirkan apakah makanan untuk dipesan di medan selera itu, Abu Hurairah melihat seorang wanita sedang menampal poster iklan di depan sebuah gerai.

Hidangan bihun sup menjadi pilihan ramai tanpa mengira masa. -Gambar hiasan

Ternyata poster ‘bihun sup tulang’ menarik perhatiannya sehingga membuatkannya terus ke gerai tersebut untuk membuat pesanan.

“Macam menarik. Saya terus ke gerai ni dan tanya, ‘Kak, bihun sup tulang ada?’ Wanita ni tersenyum, Ada. Jap lagi saya hantar’,” ujar Abu Hurairah mengimbas kembali perbualannya dengan peniaga itu.

Tanpa dijangka, katanya, tiba-tiba kedengaran suara seorang wanita lain menyahut dari belakang gerai berkenaan.

Haaa kan aku dah cakap. Ada je orang nak beli. Kau mula je dulu, petang begini orang nak makan simple-simple je,” kata rakan kepada peniaga wanita itu.

Kawan-kawan yang sama berjalan di jalan Allah, pasti akan ada jiwa nak membantu.

MUHAMMAD ABU HURAIRAH ROSLAN

Selepas ditanya, barulah dia tahu itu merupakan hari pertama wanita berkenaan berniaga secara kecil-kecilan dengan menumpang gerai rakannya.

“Kawan dia buat (jual) nasi ayam. Jadi, macam lepas pukul 3 petang sampai dekat Maghrib biasanya habis dah nasi ayam. Dia nak berniaga cuma tak tahu kat mana.

“Kawan dia cadangkan dia berniaga dari jam 3 sampai Maghrib. Kira okaylah untuk minum-minum petang,” jelas Abu Hurairah.

Seorang wanita berniaga secara kecil-kecilan dengan menumpang gerai rakan. -Gambar hiasan

Meneruskan cerita, Abu Hurairah terkejut ketika bertanyakan tentang kadar sewa yang ditetapkan untuk ‘menumpang’ gerai tersebut.

“Tak ada sewa. Kawan akak ni bagi je guna dulu. Lepas tiga bulan nanti baru bincang macam mana. Dekat belakang, kawan akak ni tak habis-habis bercakap dan ajarkan akak ni berniaga.

“Cara hidangkan bihun. Sup nak sedap letak apa. Buat kira-kira. Saya tengok tumpang kagum. Hidup ni memang keras. Semuanya sedang berusaha untuk mencari rezeki halal,” tambahnya.

Namun di sebalik itu, Abu Hurairah berkata, masih ada rakan-rakan dan sahabat yang sudi membantu bagi meringankan beban.

“Kawan-kawan yang sama berjalan di jalan Allah, pasti akan ada jiwa nak membantu. Ada rasa nak bersama dan bekerjasama.

“Untuk siapa pun, yang sedang membantu kawan-kawannya untuk terus berjuang, moga Allah bersama kalian. Moga dimudahkan semuanya dan dirahmati Allah selalu,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain