INDIVIDU yang bekerja di dalam pejabat sememangnya beruntung kerana mereka tidak perlu berdepan dengan cuaca panas. Namun di platform X, seorang pemuda berkongsi kisahnya yang terpaksa bekerja dalam suasana kepanasan di pejabat ekoran sikap seorang kakitangan yang lebih berusia. Menerusi perkongsian tular itu, dia mendakwa kakitangan wanita terbabit mengawal penggunaan pendingin hawa di pejabat, sekali gus menyusahkan rakan sekerja yang lain. Ruangan dalam pejabat lebih sejuk dengan adanya pendingin hawa. -Gambar hiasan "Ada aunty seorang ni dekat pejabat, dia kawal remote aircond. Jadi secara asasnya memang tak dapat rasa aircond sebab awning tu dia hala ke atas bumbung. "Mungkin tikus-tikus panas dan lagi satu sebab dia tak tahan sejuk. Aku ni dah la hari-hari kena turun dan pantau operasi, tambah cuaca panas lagi bahang melenting," ujarnya. Menurut pemuda itu, dia pernah memberi teguran kepada kakitangan wanita tersebut, namun apa yang disampaikannya ibarat mencurah air ke daun keladi sahaja. Pernah juga tegur suruh bawa jaket atau sweater datang kerja... dia cakap panas kalau pakai jaket. PENGADU Lebih teruk, dia mendakwa individu itu mencari helah dengan membuat aduan kepada pengurusan, dipercayai tidak berpuas hati selepas ditegur tentang hal berkenaan. "Memang 'berkicap' teruk. Dah pernah tegur suruh adjust aircond tu semua biar rasa, ya dia buat. Tapi lepas tu keesokan harinya dia buat balik perangai ignorance dia. "Pernah juga tegur suruh bawa jaket atau sweater datang kerja. Dia cakap panas kalau pakai jaket. Kau faham tak, kau macam sejuk lepas tu kau panas? Kau dah kenapa? ARTIKEL BERKAITAN: Dulu berpanas kerja berat di luar, pemuda ‘penat mental’ masuk bahagian pengurusan... Badan lemau, tak dapat pulih dengan rehat biasa ARTIKEL BERKAITAN: Tak tahan staf pijak kepala, penyelia mengalah nak berhenti kerja... Rasa diri gagal jalankan tugas "Tegur dia pasal aircond... lepas tu dia mengadu ke pengurusan pasal kerja kita pula. Dia macam tak ada korelasi. Beginilah nasib kerja dengan dinosaur," luahnya lagi. Tambah pemuda itu, dia terpaksa membeli kipas kecil untuk diletakkan di atas meja gara-gara suhu panas di pejabatnya. Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen 'geleng kepala' membaca perkongsian individu itu tentang rakan sekerjanya. Pendingin hawa bagaikan satu keperluan pada zaman sekarang. -Gambar hiasan Malah, beberapa individu turut berkongsi kisah mereka yang berdepan kejadian hampir sama di tempat kerja masing-masing. "Dengan makcik pun takut ke? Sound je la. Kecuali dia yang bagi gaji. "Sebiji macam rakan sekerja sebelah meja aku dekat pejabat. Tak buka aircond kalau dia ada sebab tak tahan sejuk. Habis aku panas dia tak apa agaknya? "Samalah macam senior kat pejabat aku. Kita panas tapi sebab dia sejuk, habis ditutupnya semua aircond," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube