suria

Pemuda tak menyesal pelawa makcik duduk seat tepi tingkap, rupanya nampak sesuatu sebelum naik pesawat

Seorang pemuda memberikan tempat duduknya di tepi tingkap kepada seorang penumpang wanita. Foto TikTok Kudykudy

TEMPAT duduk dalam pesawat bagi sesetengah individu menjadi satu kriteria penting ketika melancong.

Malah, ada yang sanggup bayar lebih untuk menikmati pemandangan indah awan biru dengan menempah tempat duduk di tepi tingkap.

Lazimnya harga tiket tempat duduk di tepi tingkap berbeza dibandingkan dengan tempat duduk biasa di dalam pesawat.

Seorang wanita bagaimanapun cukup bertuah apabila berpeluang menikmati penandangan dari tepi tingkap meskipun menempah tempat duduk di bahagian tengah.

Berkongsi pengalaman menaiki penerbangan dari Langkawi ke KLIA2.

Peluang itu diberikan oleh seorang pemuda yang baik hati dengan menawarkan tempat duduknya kepada wanita berkenaan seperti mana dilihat dalam video tular.

"Tukar tempat duduk tepi tingkap aku dengan makcik yang pengalaman pertama naik kapal terbang merupakan keputusan terbaik pernah aku buat.

"Enjoy penerbangan makcik. Makcik ingatkan pengalaman pertama saya naik kapal terbang dengan tempat duduk tepi tingkap dulu," katanya menerusi satu perkongsian di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Berani ‘curi’ tempat duduk tepi tingkap! Lelaki ini berkeras atas kapal terbang, suruh budak perempuan bangun - “Saya beli seat tu”

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh penumpang diminta lepaskan seat kelas pertama, remaja mahu duduk dekat dengan keluarga

Ruangan komen hantaran itu dihujani kata-kata pujian atas budi baiknya.

Pemuda itu tampil menjelaskan bahawa dia sendiri menawarkan tempat duduknya di tepi tingkap kepada penumpang wanita tersebut dengan seikhlas hati.

Ramai teruja menaiki penerbangan buat pertama kali. -Gambar hiasan

Dalam video berasingan, katanya, kejadian itu berlaku ketika dia menaiki penerbangan dari Langkawi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 di Sepang, Selangor.

"Dia tak minta ya, saya yang pelawa. Disebabkan ada yang komen 'Mesti dia minta tu yang terpaksa bagi'. Jadi aku macam tak sedap ni, ini ceritanya.

"Siapa yang pernah pergi Langkawi mesti tahu lapangan terbang tu macam mana. Kalau nak naik kapal terbang tu, kita akan lalu outdoor untuk naik ke kapal terbang tu.

"Dari situ aku dah perasan famili makcik ni ambil gambar banyak-banyak sementara nak naik kapal terbang. Jadi, aku syak mungkin pertama kali mereka naik flight nak ke KLIA," katanya.

Rasa macam simple je bagi duduk tepi tingkap, tapi impaknya besar.

WARGA MAYA

Menurutnya, pasangan suami isteri dari keluarga berkenaan pada asalnya duduk di tengah, sebaris dan bersebelahan dengannya yang duduk di tepi tingkap.

"Kemudian, masa nak duduk kebetulan tempat duduk aku tepi tingkap dan dia dah duduk di tengah ye memang tempat duduk dia.

"Dan kemudian makcik dengan pakcik tu nak bangun dari tempat duduk mereka, nak bagi aku (laluan) untuk duduk di tepi tingkap tu.

"Aku pun memikirkan badan aku yang agak besar, aku pelawa mereka duduk dalam (di tepi tingkap). Biar aku duduk tepi je (dekat laluan penumpang)," ujarnya.

Antara komen warga maya.

Sempat berbual dengan suami isteri tersebut dalam penerbangan selama lebih sejam itu, ternyata jangkaannya tepat apabila pasangan berkenaan pertama kali menaiki penerbangan ke pulau peranginan itu.

"Mereka kata pertama kali naik flight ni pergi Langkawi, nak rasa dulu sebelum pergi ke Makkah. Tengah kat awan tu, aku perasan makcik tu teruja betul dan rakam view.

"Aku rasa comel sangat dan sempat dia bagi coklat durian satu. Aku tak sangka video ni akan FYP, hanya random content," katanya lagi.

Di ruangan komen menerusi video penjelasan terbaharu yang dimuat naiknya, rata-rata warga maya tetap memberi sokongan kepadanya.

"Benda yang kecil yang tak penting untuk kita, adalah segalanya untuk orang lain.

"Rasa macam simple je bagi duduk tepi tingkap, tapi impaknya besar," komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain