SEORANG wanita meluahkan rasa buntu sama ada mahu meneruskan hidup dengan suaminya yang bermasalah. Kisah penderitaannya itu dikongsikan semula di X, yang mana wanita tersebut mendedahkan sikap suami yang kurang disenanginya kerana 'gila ketum'. Menurut pengadu tanpa nama itu, suaminya yang dilabel 'kaki ketum' sering berjaga malam melakukan aktiviti tidak berfaedah sehingga menjejaskan ketenangannya untuk tidur. "Apa pendapat kalau saya nak minta cerai dengan suami sebab dia 'kaki ketum'? Elak ambil sebarang bahan terlarang demi kesejahteraan rumah tangga. -Gambar hiasan "Setiap malam main permainan video sampai ganggu tidur saya. Entah la," ujarnya meluahkan perasaan. Menceritakan lebih lanjut mengenai rumah tangganya, dia berkata layanan suami terhadap dirinya nyata berbeza daripada apa yang sepatutnya diterima seorang isteri. Lebih membuatkan dia tersepit apabila keluarga mentua menyayanginya seikhlas hati sedangkan suami langsung tidak menghargai dirinya. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa ‘lalok’ ketum tengking anak nak mengaji, abai tanggungjawab ketua keluarga - “Dia tak kisah pelajaran agama” ARTIKEL BERKAITAN: Baru kahwin, isteri ketua pramugara sejuk hati dipujuk suami kena kerja di Aidilfitri - “I pergi kejap je...” "Saya sayang keluarga mentua tapi dia buat saya macam pelacur pun ada. "Ada suatu hari tu lepas 'bersama', dia terus pakai seluar pergi cari ketum. Sekurang-kurangnya dia tak keluar cari perempuan lain. NETIZEN "Bodoh betul. Apa-apa pun kami tak ada anak lagi," katanya. Hantaran tersebut meraih pelbagai reaksi netizen yang tertarik dengan perkongsian wanita ini. Rata-rata mereka menyuarakan pendapat susulan masalah dihadapi wanita ini. "Kelakar pula bayangkan dia terus pakai seluar keluar cari ketum lepas buat seks. Sekurang-kurangnya dia tak keluar cari perempuan lain. Komen netizen berkenaan isu dibangkitkan isteri. "Kau sayang dia sebab dia 'power' kan? Ambil ketum memang hebat. Sebab tu ada artis sorang tu pun cerai berkali-kali tetap setia dengan suami kacip dia," ujar netizen. Dalam pada itu, ada juga netizen yang menyuarakan pendapat mereka yang memahami punca wanita ini tidak meninggalkan suaminya walaupun bermasalah. "Pendapat saya, orang macam ni jangan dibagi pendapat atau nasihat. Spesis degil. Dia dah bagi petunjuk. Dia tulis entah la saya sayang keluarga. Kau nasihat la macam mana pun, pasti tak jalan. "Sudah nampak tu puncanya tak ada anak. Kalau ada anak mungkin tak ada masa nak cari ketum atau main game. Jadi buatlah anak banyak-banyak," kata warga maya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube