suria

Upah melukis RM30 tapi cuma dibayar RM10, pemuda terkejut dengar kata-kata pakcik OKU berniaga di kaki lima

Bosmel berkongsi kisah seorang lelaki OKU di TikTok.

KEKURANGAN pada diri tidak melunturkan semangat lelaki kurang upaya (OKU) ini untuk mencari rezeki demi kelangsungan hidup.

Dalam perkongsian video dirakam Bosmel di TikTok, dia berbual dengan lelaki OKU fizikal itu yang menjual lukisan di kaki lima jalan.

Apa yang menarik menerusi perkongsian TikToker yang sering kali membantu golongan susah kali ini adalah kata-kata yang diluahkan oleh lelaki OKU itu.

"Tuhan sudah bagi kita tubuh kan, kita kena hargailah," ujarnya.

Tangkap layar menunjukkan suasana ketika berjumpa Bosmel.

Menerusi video sama, Bosmel memberikan upah RM10 kepada pakcik berkenaan selepas lukisan disiapkan.

Lelaki itu menerima bayaran itu dengan hati terbuka walaupun pada awalnya dia sudah memaklumkan bahawa upah untuk sebuah lukisan dihasilkan adalah RM30.

"Kebebasan bukan boleh beli dengan duit. Sementara sahaja kita perlukan (duit) untuk hidup. Duit bukan segala-galanya," ujar lelaki berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda OKU buktikan kawan-kawannya salah... tangan kudung pun boleh cari rezeki, bukan hanya mampu kerja minta sedekah!

ARTIKEL BERKAITAN: Sejak kecil tak bercakap, pekak... Rider tetap kerja keras cari rezeki, rupanya ada kisah sedih

Bercerita lanjut, lelaki OKU yang berasal dari Seremban ini memberitahunya kecacatan dialami ini bukanlah sejak kecil tetapi disebabkan terbabit kemalangan.

Sebagaimana dijelaskan, dia yang menyedari mempunyai bakat melukis sejak usia 18 tahun ini menggunakan kemahirannya untuk menjana pendapatan demi kelangsungan hidup.

"Sebenarnya melukis ni kena ada ketenangan.. kalau tak ada mood tak boleh lukis. Satu pekerjaan mana boleh tunggu mood.

"Dari kecil pandai melukis tapi kena belajar dulu. Saya pergi ke tempat kerja menggunakan kerusi roda tapi tidak menggunakan bateri. Perjalanan 20 minit.

Pakcik ni selalu ada depan Maybank Wangsa Maju dekat Wangsa Walk.

NETIZEN

"Dulu terlibat dengan kemalangan kemudian saya kena demam panas yang melampau terus jadi macam ni," katanya lagi.

Disebabkan keikhlasan lelaki ini menerima upah RM10, Bosmel kemudian menyelit sejumlah wang kepada lelaki berkenaan walaupun ditolak beberapa kali.

Video tersebut ternyata meraih pelbagai reaksi netizen yang turut bersimpati dengan nasib lelaki OKU itu.

Rata-ratanya memberitahu bahawa mereka selalu melihat lelaki berkenaan di kaki lima berhampiran Maybank Wangsa Maju di ibu kota.

Komen netizen di TikTok.

"Pakcik ni selalu ada depan Maybank Wangsa Maju dekat Wangsa Walk.

"Motivasi buat aku. Ya Allah tempatkan syurga buat pakcik ni. Walaupun serba kekurangan tetap positif terus bekerja.

"Terima kasih orang baik. Semoga kekal sihat dan terus dimewahkan rezeki. Dipermudahkan urusan dan sentiasa dalam lindungan tuhan," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain