suria

Wanita sukar lepaskan ex-BF berstatus suami orang... Akui isterinya baik, bergelar ustazah tapi rasa sayang atasi segala

Lelaki yang baik dan alim merupakan idaman ramai wanita. -Gambar hiasan

LELAKI baik dan bertanggungjawab pastinya menjadi idaman kaun Hawa.

Seorang wanita menyifatkan teman lelakinya cukup baik di matanya, malah menganggap pemuda itu hampir sempurna.

Sudah berkenalan selama bertahun-tahun, dia mendedahkan masalah dalam hubungan mereka timbul kerana kekasihnya itu sudah berkahwin.

"Teman lelaki saya ni suami orang. Kami dah kenal lama dari sebelum dia kahwin. Kejap contact, kejap putus.

"Tapi dari dulu, dia tak pernah putus asa cari aku," katanya menerusi satu luahan di Facebook.

Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, dia berkali-kali cuba untuk melupakan lelaki berkenaan tetapi usahanya tetap gagal kerana tidak mampu menolak godaan.

"Akhirnya dia dapat cari aku balik dan aku pun 'kalah'," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri solehah, imej ala ustazah pun boleh berubah! Dah malas solat berjemaah, rupanya tengah angau dengan laki lain

ARTIKEL BERKAITAN: Sedang angau bercinta, suami ‘warning’ isteri jangan ‘usik’ ex-GF! Ugut halau anak, mak mentua sakit keluar rumah

Dalam luahan tersebut, dia turut mendedahkan bahawa kekasihnya itu merupakan figura yang dikenali dalam bidang sukan.

"Dia ni bukan orang biasa-biasa, rasanya semua orang kenal dia ni siapa. Isteri dia ustazah, dia pula XXXX yang top dalam Malaysia ni.

Seorang wanita berkhidmat sebagai guru agama. -Gambar hiasan

Bukan itu sahaja, kekasihnya itu juga dikatakan datang dari keluarga yang baik-baik.

Keadaan itu membuatkan dirinya berasa amat bersalah berhubung hubungan sulit mereka.

"Kami dah banyak kali terlanjur. Aku rasa bersalah sangat dengan anak bini dia.

Pandai lelaki tu nak kahwin, pilih yang baik-baik ustazah. Yang tak berapa nak baik tu, jadi 'spare part' je.

WARGA MAYA

"Dia ni sembahyang tak tinggal. Famili, orang baik-baik tapi asyik ajak aku berzina. Macam mana nak lupa dia min?

"Kami dah lama kenal. Dia pun asyik cari aku je," katanya yang buntu dengan situasi yang dihadapinya itu.

Wanita ini mengalami stres akibat konflik yang dialaminya. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, rata-rata warga maya terkejut dengan pengakuan dan pendedahannya itu, apatah lagi dia menjalinkan hubungan sulit dengan suami orang.

"Sembahyang tak tinggal, anak bini tak tinggal. Dengan kau sekali, dia tak nak tinggal.

"Pandai lelaki tu nak kahwin, pilih yang baik-baik ustazah. Yang tak berapa nak baik tu, jadi 'spare part' (skandal) je.

"Kalau dia betul memang sayang, dia takkan kahwin dulu dan cari awak sampai jumpa. Jadi bini nombor dua pun kira okay lagi daripada dijadikan tak ubah macam perempuan simpanan. Bertaubatlah selagi ada masa," demikian antara komen netizen.

Sebagai peringatan, perbuatan berzina adalah berdosa besar dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain