suria

Lelaki menyesal bawa anak bini pindah ke kampung! Ibu bersikap dingin, cakap lepas... Terbantut niat nak tabur bakti

Setiap anak mempunyai keinginan untuk berbakti semula kepada ibu bapa. -Gambar hiasan

SUDAH pasti mereka yang baru berkahwin akan lebih selesa tinggal berdua bersama pasangan.

Namun begitu, dalam keadaan tertentu ada pasangan yang perlu tinggal di rumah mentua.

Seorang lelaki yang bergelar suami memilih untuk tinggal bersama ibu bapanya dengan alasan tidak pernah berjauhan sebelum ini.

Seperti yang dikongsikan dalam grup Ragam Rumah Tangga, lelaki yang tidak mendedahkan identiti diri itu menceritakan bagaimana terjadinya konflik antara dirinya dan ibu bapa selepas membuat keputusan tersebut.

"Dulu lepas kahwin, saya tinggal di bandar, tapi sebab saya dari kecil hidup bersama orang tua, saya jadi terlebih risau bila tinggalkan mereka berdua. Walaupun jaraknya tak la jauh cuma 150km sehala.

Banyak ujian akan muncul selepas hidup berumah tangga. -Gambar hiasan

"Jadi lepas tiga tahun (kahwin), saya ajak isteri balik kampung untuk tinggal bersama mak ayah dengan alasan ada orang jaga mereka.

"Awalnya baik, jadi kemudahan mak ayah saya. Bila saya ada, nak ke mana-mana pun ada orang boleh tolong pandu kereta," katanya yang tidak menyatakan lokasi rumah ibu bapanya.

Bagaimanapun, situasi apabila tinggal bersama ibu bapa selepas berkahwin tidaklah seperti apa yang diharapkan.

Lelaki ini berkata, dia mula menyedari perubahan sikap ibu terhadap dirinya dan isteri sehingga membuatkan mereka tidak selesa tinggal di bawah satu bumbung.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayah mentua meluat tengok muka menantu! Adik ipar sama naik membenci... Wanita terkedu lepas dapat tahu punca

ARTIKEL BERKAITAN: Geram menantu dah 11 tahun bawa anak bini beraya rumah mak sendiri, mentua nekad bermalam rumah besan sampai raya ke-3

"Betullah kata orang bila sudah kahwin, tinggallah asing dari ibu ayah walaupun kekurangan. Sekarang dah lain. Mula terasa kenapa tinggal jauh lebih baik.

"Sebab waktu jauh, kita rindu dan menghargai. Bila dekat, ada je tak kena. Terutama ibuku yang kini seolah-olah ada je yang tak suka dengan saya dan isteri.

"Ayatnya kasar... kalau bercakap semacam marah dengan kami walaupun tanpa sebab. Mujur ayah masih okay," katanya.

Bercerita lanjut, pengadu turut terasa hati dengan sikap ibunya yang tidak memahami situasi dirinya yang terpaksa menjaga isteri sakit.

Elok la pindah dari bergaduh yang lebih serius. Awak boleh ziarah mak awak bila-bila masa je.

NETIZEN

Malah, apa yang berlaku membuatkan dia mula rasa berbelah bahagi untuk berbakti semula kepada ibu bapa dengan menjaga mereka.

"Disebabkan isteri saya kurang sihat, kami selalu pergi ke hospital untuk temu janji doktor, ini menambahkan marah ibuku yang mungkin anggap saya ini asyik berjalan je.

"Macam orang banyak duit padahal tiada. Bukannya saya tak beritahu nak ke hospital. Tetap sama. Sekarang saya nak pindah keluar semula rasanya.

"Biarlah berjauhan lebih baik. Kadang anak-anak bukan tak nak jaga orang tua, tapi makan hati juga," jelasnya.

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang bersimpati dengan nasib lelaki ini.

Komen netizen pada hantaran asal.

Rata-ratanya memberikan cadangan dan apa yang boleh dilakukan bagi menyelesaikan masalah dihadapi.

"Elok la pindah dari bergaduh yang lebih serius. Awak boleh ziarah mak awak bila-bila masa je.

"Kenapa mesti jauh. Tinggal satu daerah pun boleh. Sewa la rumah asing. Petang-petang atau hujung minggu boleh melawat.

"Memang ye. Kena dapat orang tua perangai macam tu, naya isteri. Keluarlah bang sebelum rumah tangga berantakan sebab orang tua sendiri. Jauh lebih baik," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain