suria

Bukan setakat fasih kecek Kelate, Mek Yun juga pandai tulis Jawi... Rupanya bapa lagi hebat, siap mengeja ‘Cina makan budu’

Video Mek Yun bersama bapa dan abangnya menunjukkan kebolehan menulis jawi menjadi tular. -Gambar TikTok Mek Yun

TIDAK sekadar fasih berbahasa Melayu, siapa sangka personaliti media sosial popular, Mek Yun rupa-rupanya pandai menulis dan membaca tulisan Jawi!

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok, Mek Yun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee menunjukkan kebolehannya mengingati setiap abjad Jawi yang pernah dipelajari ketika di sekolah rendah.

Meskipun ingat-ingat lupa dek kerana sudah agak lama mempelajarinya, namun Mek Yun berjaya mengingati dengan baik setiap turutan abjad dengan bantuan abang keduanya yang mesra dipanggil Abe Wee.

mekyun 2

Mek Yun dan Abe Wee pernah mempelajari tulisan jawi ketika bersekolah di Gemas.

"Tahu tak masa Mek Yun dengan Abe Wee sekolah rendah di Gemas dulu, kami belajar tulisan Jawi," kongsi Mek Yun.

Tidak hairan juga dua beradik ini berkebolehan membaca dan menulis Jawi kerana bapa mereka, Datuk Wee Han Siew lebih mahir malah siap mengeja sebaris ayat dengan menggunakan huruf Jawi.

ARTIKEL BERKAITAN: Mek Yun tersengeh depan pagar UTHM, wajah terpampang pada billboard gergasi! Sanggup bawa famili ‘drive’ dari KL nak bergambar

ARTIKEL BERKAITAN: Mek Yun panik, seram diekori lelaki warga asing... Berani ikut rapat masuk semua kedai, nampak kamera terus lari!

"Cha Ya Nun Alif (Cina), Mim Alif Kaf Nun (makan), Ba Wau Dal Wau (budu). Tekalah maksudnya," kata bapanya tanpa memberikan jawapan di sebalik ayat yang dieja.

Video berkenaan sehingga kini meraih lebih 444,000 jumlah tontonan di TikTok.

Sementara itu menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menzahirkan kekaguman mereka terhadap keluarga berbangsa Tionghua berkenaan.

Bangga dengan keluarga ni. This is Malaysia. Saling meraikan berbilang kaum.

NETIZEN

"Bagusnya anak beranak ni. Memang respect kalau boleh ingat dan tulisan tulisan Jawi.

"Suka tengok famili ni. Hormat agama lain, merendah diri, serba boleh.

"Pok (bapa Mek Yun) betul-betul rileks padahal ada gelaran Datuk.

"Bangga dengan keluarga ni. This is Malaysia. Saling meraikan berbilang kaum," demikian komen netizen.

komen mekyun

Netizen meluahkan rasa kagum dengan keluarga Mek Yun.

Untuk rekod, video perkongsian Mek Yun dan abangnya sering mendapat perhatian warga maya yang bukan hanya terhibur dengan telatah keluarga mereka, malah mengagumi sikap mereka yang amat menitikberatkan rasa hormat serta keharmonian hubungan tanpa mengira bangsa.

Antara video Mek Yun yang mendapat perhatian ramai adalah perkongsiannya mengenai kemahiran berbahasa Kelantan, menikmati budu, cubaan berpuasa ketika Ramadan, kehebatan ibunya menyediakan juadah Melayu dan sebagainya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain