SETIAP insan yang bergelar anak pastinya mahu membalas jasa ibu bapa yang sudah banyak berkorban apabila diri meningkat dewasa. Bagaimanapun, niat baik individu ini yang mahu membalas jasa di samping membantu ibu bapa melunaskan hutang berakhir dengan episod tidak dijangka apabila dia pula yang menjadi mangsa gara-gara sikap tidak bertanggungjawab kedua-dua orang tuanya. Menerusi satu hantaran di sebuah grup di Facebook, individu berkenaan meluahkan rasa kecewa dan menyifatkan dirinya seolah-olah 'ditikam belakang' oleh ibu bapa sendiri. Setiap anak pasti mahu membalas jasa ibu dan bapa apabila sudah meningkat dewasa. -Gambar hiasan "Mak ayah saya banyak berhutang sehingga mereka diblacklist dan bankrupt. Selepas itu orang tua saya menggunakan nama anak-anak pula untuk berhutang. Termasuk nama saya. "Niat saya baik sebab kesian dengan orang tua. Sekarang ini masalah hutang food truck dengan sebuah agensi pembiayaan niaga milik kerajaan sampai mencecah RM30,000. "Truck tu didaftarkan atas nama saya, berniat supaya mak ayah boleh guna untuk berniaga. Rupa-rupanya setiap bulan mereka tidak membayar kepada agensi itu seperti yang mereka janjikan," luahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Dikerah tanggung keluarga sejak kecil, siap bayar hutang mak ayah... Rupanya ramai terkena, tak buat dilabel anak derhaka ARTIKEL BERKAITAN: Famili B40 pecah belah... Wanita terbeban sara bapa penagih, ibu kaki pinjam duit! Adik beradik lelaki seorang pun tak boleh pakai Tambah individu yang tidak mendedahkan identiti diri itu, apa yang lebih mengecewakan, ibu bapanya bukan hanya tidak membayar pembiayaan kepada agensi berkenaan, malah bersikap 'lepas tangan' dan membiarkan dirinya pula yang menanggung beban pinjaman. "SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) atas nama saya, food truck atas nama saya. Sudahlah mereka tak nak bayar hutang, roadtax truck pun mereka tak hidupkan. "Sekarang ni mereka suruh pula saya yang membayar hutang agensi. "Selama ini keuntungan jualan bertahun-tahun lamanya saya tak pernah minta atau dapat satu sen pun sebab kesiankan mereka. Rupa-rupanya di belakang saya jadi macam ini," luahnya lagi. Anda akan berperang sesama darah daging, saya doakan nasib anda sentiasa beruntung. Pekak telinga, jalan terus. NETIZEN Justeru, individu berkenaan berkata dia sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan bagi 'membersihkan' namanya. "Saya dah tak tahu nak buat apa dengan mak ayah saya. "Apa tindakan yang perlu saya buat secara secara sah? Tolong berikan saya nasihat dan pendapat," ujarnya lagi meminta pandangan warga maya. Cadangan dan pandangan warga maya terhadap perkongsian individu berkenaan. Perkongsian individu berkenaan mengundang perhatian netizen dengan rata-ratanya tampil meluahkan rasa simpati dan memberikan kata-kata semangat buat dirinya. "Selalu kita jumpa anak derhaka, hari ni kita jumpa anak yang baik. Bertabahlah, mak ayah ni buruk lagu mana pun tetap darah daging sendiri. Cuma jangan sambung sikap begini pada anak-anak. "Anda akan berperang sesama darah daging, saya doakan nasib anda sentiasa beruntung. Pekak telinga, jalan terus. "Jual sajalah food truck tu. Dah memang atas nama awak. Baik jual daripada anda dibayangi debt collector," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube