suria

Wanita dipandang serong beli tudung RM70, kawan-kawan kata mahal! - “Ini maksudnya kami tak sekufu”

Pantang-larang alam percintaan juga boleh diaplikasikan dalam persahabatan. -Gambar hiasan

SOAL sekufu sering menjadi perbincangan apabila melibatkan hal percintaan dan pasangan sehidup semati.

Namun tanpa disedari ramai, jalinan persahabatan dan ukhuwah sebagai rakan juga memerlukan topik sekufu untuk diketengahkan.

Melalui satu ciapan tular di laman X, seorang lelaki menyedari kepentingan mempunyai rakan yang serasi dan berkongsikan pandangannya kepada warga maya.

Sedangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, inikan pula hubungan sesama rakan. -Gambar hiasan

Menurutnya, kawan yang tidak sehaluan dalam kehidupan juga boleh membawa kepada konflik dan akhirnya hubungan menjadi renggang.

"Bukan setakat kahwin je, berkawan pun kena sekufu supaya apabila kita bercakap, mereka tak salah anggap sebagai sombong.

"Supaya apabila kita berkongsi tentang cita-cita, impian, jodoh, hobi, idea dan buah fikiran mereka tak gelakkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rancak kutuk Malaysia demi berkawan dengan mat salih, lelaki terus putus dengan sahabat baik

ARTIKEL BERKAITAN: Mat salih merungut orang Malaysia tak beri layanan istimewa, malah rasa diri dibenci... Di Thailand semua ‘murah’ senyuman

"Supaya apabila kita pergi bercuti dan membeli-belah tidak dianggap sebagai pembaziran oleh kawan-kawan," demikian ulasan lelaki berkenaan.

Tambahnya, jika dirasakan rakan itu membawa lebih banyak ketegangan berbanding ketenangan dalam hidup, mungkin bermaksud adalah lebih baik untuk mengundur diri.

"Aku tak nafikan, ada je kawan yang aku ambil keputusan untuk berjauhan sebab dia suka cakap melangit tak turun-turun.

Kalau kita selalu rasa semua orang bermasalah, mungkin diri kita sebenarnya yang menjadi punca.

WARGA MAYA

"Wujud juga kenalan yang daripada mulut dia semua keluar benda negatif je, benda ni membuatkan aku rasa kurang senang. Sebab tu aku dah tak keluar melepak kalau ada dia," ujarnnya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berkata tuan empunya badan juga sepatutnya memainkan peranan ketika bersosial.

"Benda ni anda kena pandai bawa diri juga. Kita biasanya ada beberapa kumpulan rakan, contohnya kawan pejabat, kawan sekolah atau kawan universiti. Setiap daripada mereka cara bergaul mesti ada kelainan sikit.

Hidup bersendirian ada kalanya lebih menenangkan. -Gambar hiasan

"Anda sepatutnya ada common sense untuk sesuaikan, jangan sentiasa harap orang sekeliling nak ikut cara kita. Kalau kita selalu rasa semua orang bermasalah, mungkin diri kita sebenarnya yang menjadi punca.

"Aku biasa beli tudung harga RM70, pada aku biasa je. Tapi apabila aku cerita dekat kawan pejabat aku, mereka terus cakap mahal dan macam pandang serong dekat aku. Maksudnya kami tak sekufu la tu.

"Aku minta maaf, aku memang seorang yang suka bercakap kalau tengah lepak dengan kawan. Bagi sesiapa yang tak boleh tahan, aku izinkan kalian untuk gerak dulu. Aku akan faham-faham sendiri," demikian kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain