TIDAK dinafikan, ramai dalam kalangan kita yang terjerat dengan hutang kerana berniat baik mahu membantu ahli keluarga ataupun saudara-mara. Demikian juga dengan wanita ini yang berkongsi situasi sama, yang mana dia terjerat hutang sehingga puluhan ribu ringgit gara-gara dipergunakan adik-beradik sendiri. Wanita yang tidak mendedahkan identiti diri ini berkata, kesemua hutang berkenaan ditanggung sebelum dia mendirikan rumah tangga. "Saya belum diisytiharkan muflis tapi saya ada personal loan dengan bank sebanyak RM70,000 dan kad kredit RM10,000. "Semua ini terjadi angkara adik-beradik saya yang mempergunakan saya atas sebab saya merupakan seorang pegawai kerajaan," kongsinya dalam satu hantaran di laman Facebook Majlis Bankrupt di Malaysia. Hutang boleh membuatkan seseorang individu tertekan. -Gambar hiasan Bagaimanapun menurut wanita itu, selepas mendirikan rumah tangga beberapa bulan lalu, suaminya membantu membayarkan sebahagian tunggakan hutangnya. Bersyukur dikurniakan suami yang bertanggungjawab, namun wanita tersebut dalam masa yang sama meluahkan rasa ragu-ragu mengenai latar belakang pekerjaan lelaki tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tetap puji suami baharunya ‘baik’ walau suka ugut, maki anak tiri! Terfikir beri si kecil kepada ex-husband ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak ‘beri muka’ kepada isteri bab duit belanja... Dah sediakan semua keperluan, jangan harap dapat walau 10 sen "Suami telah membantu saya membayar tunggakan kad kredit dan juga lebih separuh loan bank. Selebihnya saya akan bayar sendiri. "Saya ingin tanya, berapakah gaji diver offshore yang sebenar? Saya baru tahu pekerjaan suami selepas kami nikah. "Saya hanya risau suami membuat loan bank semata-mata untuk membantu saya. Namun dia berkata dia tak membuat apa-apa loan sebaliknya itu adalah duit simpanan dia sendiri," luahnya. Kalau boleh sesen pun jangan kaitkan suami dengan hutang sis dan adik-beradik. Untuk kebaikan hubungan. NETIZEN Biarpun masalah hutangnya hampir selesai dengan bantuan suami, wanita itu dalam masa yang sama mendedahkan dia turut terheret dengan tunggakan bayaran kereta milik adiknya. "Adakah kita boleh membatalkan loan kereta atas nama kita? Tapi itu adalah kereta untuk adik saya. "Dia berjanji setiap bulan akan membayar namun sejak bulan Mac tempoh hari dia gagal menjelaskan pembayaran dan surat arahan untuk tarik kereta tersebut saya sudah dapat," luahnya lagi. Perkongsian wanita tersebut mengundang perhatian warga maya yang tampil dengan reaksi yang pelbagai. Pandangan netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan. Namun rata-ratanya menyifatkan wanita tersebut bertuah kerana dikurniakan seorang suami yang tidak berkira dan bertanggungjawab. Malah mereka turut menasihatkan wanita berkenaan agar bersikap tegas biarpun melibatkan ahli keluarga agar diri sendiri tidak dibebani hutang pihak lain. "Mungkin ada hikmahnya bersuami gaji besar, dan hikmahnya senang buat loan untuk adik-beradik, hikmahnya jangan ulangi kesilapan yang sama. "Kalau boleh sesen pun jangan kaitkan suami dengan hutang sis dan adik-beradik. Untuk kebaikan hubungan. Reda dengan apa yang jadi, bayar hutang perlahan-lahan walau susah macam mana pun. "Jangan bayar kereta. Tapi awak kena ready mental dan emosi kena maki hamun dengan famili sendiri. Kedua, utamakan suami awak dan jangan baik hati sangat dengan mak bapa, adik-beradik untuk tanggung hutang kehendak ni," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube