BERBUAT baik kepada orang terdekat khususnya ahli keluarga merupakan perbuatan yang terpuji. Namun adakalanya pihak yang menerima kebaikkan itu pula suka mengambil kesempatan hingga akhirnya membebankan orang lain. Seperti dialami seorang lelaki ini, pada mulanya dia dan isteri menerima dengan terbuka kehadiran abang ipar dan pasangannya tinggal sebumbung dengan mereka Namun lama kelamaan konflik mula tercetus antara mereka dek kerana sikap abang iparnya itu. Membayar duit bulanan rumah adalah satu komitmen yang perlu dilakukan. -Gambar hiasan "Saya dan isteri ada beli rumah. Abang ipar dan isterinya menumpang sekali. Asalnya kami berkongsi bayar. "Atas sebab tertentu saya ajak isteri keluar dari rumah tu dan bagi abang ipar duduk. "Dia berjanji akan bayar (sewa) setiap bulan tapi sekarang dia dah tak bayar. Dah tertunggak tiga bulan," katanya menerusi grup Tanya Peguam di Facebook. ARTIKEL BERKAITAN: Penat berkorban sejak bujang sampai kahwin, anak angkat dedah sikap pilih kasih keluarga... dimaki, dipukul tapi kaki dadah tetap dipuja! ARTIKEL BERKAITAN: Peguam kongsi senario tak patut berlaku selepas kematian, kubur masih merah dah berebut harta - “Mereka pilih taat isu faraid, tidak bahagian lain” Sungguhpun demikian, atas dasar simpati dia masih bantu membayar pinjaman bank memandangkan rumah berkenaan atas namanya sendiri. Bagaimanapun dia dan isteri akhirnya memutuskan untuk mengambil semula hak mereka namun dalam masa sama mahu si ipar keluar daripada rumah tersebut. "Saya ada bantu untuk bayar tunggakan... tapi lagi dibantu lagi dia buat tak tahu untuk bayar komitmen bulanan rumah. Beritahu abang ipar nak jual rumah tu dan pembeli akan tengok sekian-sekian tarikh... kemudian minta kosongkan rumah pada hari berikutnya. NETIZEN "Jadi sekarang ni saya putuskan untuk ambil semula rumah tu. Saya ada hubungi dia tapi tak ada jawapan. "Saya nak minta pandangan semua. Ada ke cara untuk saya ambil semula rumah tu tanpa ada perselisihan faham adik-beradik?" ujarnya lagi. Hantaran dikongsikan ini meraih pelbagai pendapat netizen yang bersimpati dengan nasib mereka. Menurut salah seorang warga maya ini, dia mencadangkan supaya lelaki ini menggunakan satu helah yang dapat mengusir iparnya secara halus. Komen netizen di Facebook. "Cadangan saya... tuan beritahu abang ipar nak jual rumah tu dan pembeli akan tengok sekian-sekian hari bulan. Minta la sesiapa yang boleh berlakon datang tengok rumah. "Kemudian minta la adik ipar kosongkan rumah tu pada tarikh berikutnya. Jika tuan sendiri duduk nanti, apabila ipar tanya... cakap je la permohonan pinjaman pembeli tak lulus. "Moga-moga tiada lagi perselisihan, tambahan lagi memang rumah tu rumah tuan. Tak perlu nak takut," komen netizen memberikan cadangan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube