suria

Keluarga halang tuntut cerai, takut jadi beban... Wanita ini sengsara sendiri, aduan hidup merana dengan suami kaki judi tak dipeduli

Tabiat ketagih judi boleh memusnahkan sesebuah perkahwinan. -Gambar hiasan

DITELAN mati emak, diluah mati bapa.

Demikianlah situasi yang dialami wanita ini apabila dia tersepit untuk membuat pilihan mengenai masa depan rumah tangganya.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti ini, dia sedang mempertimbangkan untuk berpisah dengan suaminya kerana sikap buruk gemar berjudi sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

"Suami sudah ketagih judi online. Dah berhutang dengan ah long. Bil-bil rumah tertunggak. Nafkah zahir isteri bertunggak selama lebih dua tahun.

"Isteri kerja berniaga kecil-kecilan. Dengan hasil berniagalah isteri belanja beli barang dapur dan tanggung sekolah anak-anak," tulisnya.

SUAMI 1

Malang bagi seorang isteri apabila mengahwini lelaki panas baran. -Gambar hiasan

Tambah wanita berkenaan, sudahlah kuat berjudi, sikap suami yang baran juga menjadi antara faktor mendorongnya nekad untuk berpisah.

Bukan itu sahaja, ujar wanita tersebut lagi, dek kerana sikap suami juga, hubungan mereka terlalu dingin biarpun tinggal serumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Samakan macam pelacur, rakan suami nak ‘test’ isteri susah hamil... Permintaan kurang ajar dibalas pelempang di muka!

ARTIKEL BERKAITAN: Suami ‘ditangkap’ separuh bogel atas katil bersama perempuan lain! Isteri lepas geram, tampar penyondol berkali-kali

"Hari-hari (isteri) dimaki, ditengking. Suami balik kerja muka bengis, masam. Tinggal serumah tapi tidur asing, tidak bercakap.

"Semua media sosial disekat. WhatsApp, Telegram disekat," luahnya lagi.

Pernah mengadu masalah yang dialami kepada keluarga, bagaimanapun niatnya untuk berpisah dihalang atas alasan anak-anak, sehingga membuatkan dia kini buntu.

Lebih baik bercerai cepat. Nanti tak pasal-pasal sis dengan anak-anak jadi mangsa buruan ah long.

NETIZEN

"Mereka takut saya membebankan mereka. Saya dah tak boleh tahan lagi. Apa perlu saya buat? Nak bercerai nanti anak-anak macam mana?

"Saya tak mampu nak besarkan mereka dan mereka memang tak nak tinggal dengan bapa mereka... semua nak dengan ibu.

"Kalau saya bercerai, apa yang boleh saya tuntut?," luahnya dalam grup Facebook Tanya Peguam bagi meminta pandangan dan nasihat.

KOMEN SUAMI

Sebahagian komen netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.

Ruangan komen meriah dengan pandangan serta nasihat warga maya yang rata-ratanya menyarankan supaya wanita tersebut 'angkat kaki' dengan segera kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku disebabkan sikap buruk suaminya.

"Lebih baik bercerai cepat. Nanti tak pasal-pasal sis dengan anak-anak jadi mangsa buruan ah long.

"Sekarang pun puan yang tanggung semua dan tanggung biawak hidup, sakit hati. Kalau bercerai, kurang seorang nak ditanggung dan hati tenang. Tuntutlah nafkah anak. Suami bekerja kan? Buat potongan gaji.

"Tak mampu nak besarkan? Tapi sekarang pun belanja apa semua.... puan tanggung kan? Jadi apa bezanya sekarang dan lepas cerai? Baik cerai," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain