suria

“Cari lori, pergi sewa rumah lain!” - Wanita sayu suami usir keluar rumah, paling sedih tengok ibu kutip beg pakaian luar pagar

Seorang pengguna TikTok berkongsi kisah dia dan ibunya diusir keluar dari rumah.

TIADA insan yang waras mahu perkahwinan mereka berakhir dengan kisah duka atau sebuah penceraian.

Namun wanita ini terpaksa memilih jalan berpisah dengan suami selepas dia dan ibunya dihalau keluar dari rumah.

Menerusi TikTok, wanita malang itu berkongsi satu tangkap layar mesej yang dihantar si suami sebagai tanda bermulanya episod baharu dalam hidupnya.

"Esok hang (awak) cari lori, datang ambil barang-barang dalam rumah ni.

Perkongsiannya di TikTok turut meraih simpati netizen.

"Hang pergi cari rumah lain. Hang buat aku macam binatang ya. Hang bawa mama duduk rumah yang aku bayar sewa ni pula.

"Esok aku angkat barang-barang hang letak luar pagar. Cari lori pergi menyewa rumah lain," tulis si suami dalam mesej berkenaan.

Dalam hantaran sama, wanita ini menunjukkan foto pintu pagar rumahnya yang sudah dikunci dengan mangga.

Menurut wanita berkenaan, tindakan suaminya itu hanya disedari selepas dia pulang dari tempat kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: “Keluar sekarang, aku tak perlukan perempuan miskin!” - Suami tergamak halau anak isteri, anggap beban asyik kena bagi duit

ARTIKEL BERKAITAN: Abang buat hati kering, balik sekali-sekala tapi kunci pintu bilik di kampung... Adik bising terus halau keluar rumah!

Lebih meruntun jiwa apabila dia turut berkongsi foto ibunya mengemas beg pakaian yang diletakkan di luar pagar rumah.

Selepas dihalau keluar secara mengejut, dia bersama ibunya membawa diri dengan menginap di hotel bajet sebagai tempat perlindungan sementara.

"Menantu pilihan sudah buang mak mentua dia. Buang beg baju dekat luar. Bermula la mimpi baharu tidur dekat hotel selama dua hari.

"Mama cakap ambil hotel murah sikit. Ambil lima hari di motel," ujar wanita berkenaan.

Pergi la tuan... lepas ni tiada lagi yang menuntut nafkah, didikan atau minta jadi imam.

BEKAS ISTERI

Dalam masa sama wanita itu berkata dia berusaha untuk mencari rumah sewa baharu untuk dia dan ibunya berteduh dan memulakan kehidupan baharu.

"Akhirnya minta tolong kawan-kawan dapatkan rumah sewa baharu. Dengan doa isteri teraniaya, Allah permudahkan urusan.

"Dapat tuan rumah baik, tak ambil deposit. Kawan-kawan datang beri bantuan," ujarnya lagi.

Seperti yang dikongsikan lagi, cubaan wanita ini untuk berpisah secara baik pada 23 Julai lalu tidak mendapat kerjasama daripada pasangannya.

Bagaimanapun, dia akhirnya diceraikan pada 13 Ogos dengan talak satu di sebuah mahkamah syariah yang tidak dinyatakan lokasi.

Komen netizen di TikTok.

"Pergi la tuan (gelaran suami). Lepas ni tiada lagi yang menuntut nafkah, didikan, minta jadi imam, tanggungjawab.

"Tuan bebas dari tajamnya mulut saya. Terima kasih untuk perkahwinan kita selama dua tahun tujuh bulan," katanya tanpa menyatakan punca sebenar hubungan mereka berakhir sedemikian.

Hantaran tersebut mengundang sebak netizen kerana bersimpati dengan nasib tidak baik yang menimpa wanita ini dan ibunya.

"Semoga Allah permudahkan segala urusanmu dik.

"Dua tahun tu sebenarnya jauh lagi kita nak faham pasangan kita. Moga baik-baik saja untuk puan," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain