suria

Jemaah buat perangai pelik, telekung bahagian kepala dipijak-pijak buat kain solat... Paling sedih tak pakai stoking, terdedah aurat tapak kaki

Seorang jemaah wanita menggunakan telekung untuk dibuat kain pakai sehingga mendedahkan auratnya ketika solat. -Foto Facebook

SANGAT menyedihkan apabila masih ramai individu yang tidak mempunyai kesedaran sivik apabila menggunakan kemudahan awam yang disediakan.

Menerusi satu hantaran di Facebook, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila menyaksikan satu insiden yang berlaku ketika berhenti untuk menunaikan solat di sebuah masjid di Kuala Perlis, Perlis.

"Masuk waktu Maghrib. Ramai orang luar termasuk orang bercuti, travel, balik dari Langkawi datang singgah.

"Masjid baru dan unik ni memang ramai yang teringin nak pergi.

"Cerita ni pasal telekung. Telekung memang ada disediakan di bilik persalinan. Tapi masa tu telekung habis sebab ramai orang.

"Lepas wuduk, ada seorang sis ni duk cari telekung. I told her telekung ada, tapi kain tak ada," kongsi wanita berkenaan.

telekung 1

Kebanyakan surau dan masjid menyediakan telekung untuk kemudahan jemaah wanita, namun ia haruslah dijaga dengan baik untuk kegunaan bersama. -Gambar hiasan

Menurutnya, apa yang mengejutkan adalah tindakan spontan yang dilakukan oleh wanita tersebut yang sama sekali tidak pernah terlintas di fikirannya.

"Lepas tu dia ambil telekung dua helai. Ingatkan nak bagi kawan dia satu. Duk ingat dia nak pakai telekung dengan seluar dan socks.

"Rupanya terus dia buat telekung tu jadi kain, lepas tu solat. Malas nak cerita panjang. Tengok picture sajalah," tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kritik kaum sendiri ‘cantik tapi pengotor’! Kotorkan tandas, ruang dalam masjid... Telekung wakaf penuh kesan bedak

ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah berhimpit dengan stroller, ruang solat makin sempit... Wanita bawa anak diminta fikir panjang, bimbang karpet dicemari najis

Wanita tersebut turut memuat naik gambar mengiringi perkongsianya, sebagai bukti.

Menerusi gambar berkenaan, kelihatan telekung 'diubah suai' menjadi kain sarung dengan bahagian muka dipijak, sekali gus memperlihatkan sikap jemaah tersebut yang tidak bertanggungjawab menjaga kemudahan yang disediakan.

Solat bagus dah tu, namun hubung kait attitude dan akhlak seseorang sebenarnya melalui dengan solat yang didirikan.

NETIZEN

"Telekung ni bukan sahaja pakaian untuk solat, tapi juga lambang kesucian, kebersihan dan adab kita depan Allah SWT.

"Tapi itu la, ada yang salah guna telekung masjid... tak lipat dan gantung, kena mekap, bedak, foundation, letak merata. Siap ada yang ambil bawa balik.

"Apabila benda bukan kita punya, kita guna telekung tu tanpa rasa tanggungjawab. Tak peduli langsung. Ingatlah, menjaga kebersihan telekung juga adalah sebahagian daripada ibadah kita," luahnya kesal.

komen telekung

Sebahagian warga maya berkongsi pandangan masing-masing terhadap hantaran berkenaan.

Perkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian warga maya yang turut bersetuju dengan pandangannya menyuarakan teguran.

"Kena bawak telekung sendiri. Sebab masih ada yang tak menjaga kebersihan. Buat malu je perempuan perangai macam ni.

"Solat bagus dah tu, namun hubung kait attitude dan akhlak seseorang sebenarnya melalui dengan solat yang didirikan.

"Orang lain pakai letak dekat muka... dia pergi letak dekat kaki," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain