PERNAH dikatakan cinta pertama seorang anak perempuan adalah bapanya. Walaupun sudah mendirikan rumah tangga, kekaguman terhadap figura bergelar bapa pasti tetap tersemat dalam ruang hati kebanyakan wanita. Melalui satu perkongsian di laman TikTok, seorang wanita berkongsikan kisah tragis berkisarkan hubungannya dengan bapa selepas diceraikan suami. Keruntuhan rumah tangga meninggalkan parut mendalam. -Gambar hiasan Menurutnya, walaupun sudah berkahwin dan kini berstatus janda, masih tiada seorang pun yang mampu menandingi kasih sayang bapanya. "Aku baru berpisah dengan suami, aku mengalami fasa depresi yang sangat teruk. Duduk kurungkan diri dalam bilik, tak keluar langsung. "Pada satu pagi tu, aku keluar bilik kejap, tiba-tiba abah datang menghampiri aku. Dia hulur aku RM50 dan kemudiannya peluk aku. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita buntu dapat suami pelik! Baik hati tapi rancak buka aib, jaja buruk isteri depan orang... Menangis bila minta cerai ARTIKEL BERKAITAN: Isteri balas sumpah laknat, pertahan maruah diri nafi lakukan zina! Gugur air mata, suami buat tuduhan paling keji "Sejam selepas tu abah aku kemalangan jalan raya dan hilang daripada hidup aku buat selama-lamanya. Al-Fatihah, abah merupakan seorang lelaki yang hebat, terima kasih abah untuk segalanya. "Kakak sayang abah sangat-sangat," tulis wanita itu meluahkan isi hatinya. Tambahnya lagi, cinta bapanya kepada seorang anak perempuan dirasakan lebih ikhlas berbanding bekas pasangannya sendiri. Hanya lelaki bergelar bapa yang mampu menghargai kamu. WARGA MAYA "Abah adalah lelaki yang mencintai dan menyayangi aku seadanya. Hatta lelaki yang pernah menikahi aku pun tak mampu menyamai cinta abah," ujarnya menutup bicara. Menjengah ke ruangan komen, warga maya turut berkongsikan kisah masing-masing melibatkan rumah tangga yang berantakan. "Lepas mahkamah sahkan penceraian saya dengan suami, hakim cakap begini kepada saya, plaintif pulanglah kamu ke pangkuan ayahmu kerana sesungguhnya hanya lelaki bergelar bapa yang mampu menghargai kamu. Pelayar bertukar pandangan. "Selepas bercerai saya terus balik kampung, doktor sahkan saya major depressive disorder (MDD). Saya hanya boleh terbaring je dekat rumah, waktu tu arwah ayah setiap hari paksa saya ikut dia pergi tengok sawah. "Ketika tu saya macam tak faham kenapa ayah buat macam tu, saya merungut cakap saya penat dan tak mahu ke mana-mana. Lama-kelamaan baru ayah beritahu yang dia tak pandai berkata-kata untuk menenangkan aku. "Jadi sebab tu dia cuba ajak aku jalan-jalan, ayah nak aku bangun dan buat sesuatu dalam kehidupan ni, remuk hati ayah tengok anak dia cuma mampu terlantar," demikian kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube