suria

Terlupa makan bekal, suami seram fikir ‘hukuman’ isteri! Segera habiskan sebelum balik rumah, tak pasal-pasal dinner 2 kali

Ariff terpaksa berhenti tepi jalan untuk makan bekal disediakan isterinya.

MEMBAWA bekal yang disediakan oleh isteri ke tempat kerja merupakan salah satu kemanisan dinikmati seorang suami selepas berumah tangga.

Ikhram Ariff Zainal juga tidak terkecuali apabila dia menerima bekal roti sandwich telur daripada isterinya.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Ariff menunjukkan bagaimana dia bimbang apabila terlupa makan bekalan yang disediakan si isteri yang mana pada masa itu dia sudah mahu pulang dari pejabat.

Ariff merakam dirinya ketika menghabiskan bekal disediakan isteri.

"Boleh pula terlupa nak makan pagi tadi. Isteri gigih masak pagi-pagi.

"Kalau bawa balik semula, memang seminggu saya tak ada bekal," jelasnya pada video yang dikongsi.

Demi menjaga hati dan menghargai usaha isterinya, Ariff memutuskan untuk berhenti di tepi jalan sebelum pulang ke rumah.

Ariff kemudian merakam video menunjukkan dirinya sedang menghabiskan makanan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Asam garam 14 tahun hidup PJJ... wanita ini masih gigih sediakan bekal buat suami, pernah sendirian saat 3 anak masuk wad serentak

ARTIKEL BERKAITAN: Demi nak berjimat isteri bangun 4.30 pagi ‘berperang’ di dapur, masak bekal anak... Hulur duit belanja RM3 dah cukup

"Jalan penyelamat, berhenti tepi jalan untuk makan dulu sebelum balik.

"Berhenti tepi hutan sebelum balik sebab terlupa makan bekal isteri," katanya.

Perkongsian lelaki ini mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terhibur dengan video tersebut.

Saya siap cakap dengan isteri, malam ni makan lepas waktu Isyak je sebab sekarang rasa kenyang.

IKHRAM ARIFF

Malah, ada juga beberapa individu yang berkongsi pengalaman hampir sama dengan Ariff.

"Pernah buat juga berhenti tepi jalan habiskan bekal. Risau balik sudah tak dapat bekal.

"Suami saya tak habiskan sarapan roti. Katanya kenyang banyak sangat rotinya. Tapi bekal nasi makanan tengah hari habis. Seminggu saya merajuk tak buatkan bekal sarapan. Bagi bekal tengah hari je.

"Tahun lepas dua hari sebelum puasa saya bekalkan arwah suami sarapan letak dalam bekas. Lepas tu sudah balik dia beritahu bekas tertinggal. Esok tu saya ingatkan dia bekas tu. Dia hantar gambar tengah makan makanan tu sebab tak habiskan semalam," komen beberapa netizen.

Komen netizen di TikTok.

Jika diteliti di ruangan komen, Ariff menjelaskan dia terpaksa mencari jalan demi menjaga hati isterinya.

Ariff berkata, disebabkan kenyang makan roti yang dibekalkan itu, dia telah mengajak isterinya untuk melewatkan sedikit makan malam.

"Saya siap cakap dengan isteri, malam ni makan lepas waktu Isyak je sebab sekarang rasa kenyang," katanya membalas komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain