SOAL halal dan haram dalam Islam perlu diambil serius oleh para penganut agama ini. Namun merupakan satu perbuatan tidak bertanggungjawab apabila perkara ini dipermainkan oleh sesetengah pihak sehingga menimbulkan rasa keliru dan cemas dalam kalangan masyarakat. Melalui satu ciapan tular di laman X, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila ibu bapanya panik selepas mendengar ceramah agama yang meminta orang ramai berhati-hati menggunakan penapis air kerana dibimbangi mengandungi tulang babi. Salah faham melibatkan agama boleh membawa banyak mudarat. -Gambar hiasan Menurutnya, kuliah agama itu disampaikan oleh seorang ustaz terkemuka yang tidak didedahkan identitinya dan seterusnya dimuat naik ke platform YouTube. "Saya habiskan masa sepagi, terangkan dekat mak ayah macam mana penapis air berfungsi, mereka dok bising risau water filter ada tulang babi. Semuanya berpunca daripada satu ceramah di YouTube ni. "Saya pun cuba selidik, setahu saya penapis air biasanya gunakan karbon aktif. Rupanya ustaz tu merujuk kepada penapis air bone char, teknologi lama untuk menapis kandungan florida. ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah surau ‘basuh’ penceramah, melenting disuruh henti kejar harta dunia - “Cakap senang la, ustaz ada semua” ARTIKEL BERKAITAN: Rasa diri hebat 7 kali khatam kitab, jemaah angkuh ‘dibasuh’ selepas perlekeh sumber rujukan ustaz di masjid "Teknologi lama tu sudah tidak digunakan lagi di Malaysia, teknologi terkini hanyalah karbon aktif. Sedikit terkilan dengan cara penyampaian ustaz tu kerana ia mencemaskan pendengar, terutamanya apabila masuk soal halal haram. "Tajuk video pun sudah sensasi, ia berbunyi begini, tuan-tuan, hati-hati membeli penapis air, saya takut diperbuat daripada... tergantung begitu sahaja demi menarik penonton," ujar wanita itu. Tambahnya, selaku figura berpengaruh penceramah perlu berwaspada dengan setiap kandungan yang dikongsikan. Tiada masalah tajuk sedemikian kalau penontonnya intelektual dan suka buat research. WARGA MAYA "Cuba berceramah dengan terus terang, sampaikan mesej secara tulus tanpa menyebabkan ketakutan kepada penonton. Cakap je, prosedur halal di Malaysia sudah mengharamkan sistem penapis jenis bone char atas sebab sekian, sekian. "Kalau mak ayah dah panik, tak pasal-pasal kita kena tukar penapis air baharu. Mohon sampaikan dakwah secara beretika. "Harap ahli agamawan cakna benda begini, penonton mereka ramai daripada kalangan ibu bapa kita yang banyak masa lapang selepas berpencen," ujar wanita itu menutup bicara. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya turut bersetuju dengan teguran yang diberikan. Pelayar bertukar pandangan. "Ya mungkin dalam video tu ada dijelaskan cerita penuh, tapi ramai orang kita terutamanya golongan warga emas malas mengambil tahu kalau video tu panjang, jadi baca tajuk saja sudah memadai untuk mereka ni. "Masalahnya jika tajuk pun dah macam tu, ramai yang akan terjerat dalam salah faham. Tiada masalah tajuk sedemikian kalau penontonnya intelektual dan suka buat research. "Penapis air kalau beli di Malaysia InsyaAllah dijamin bebas benda haram, tapi kalau beli terus dari China, itu mungkin kena skeptikal. "Pengawalan halal di Malaysia sangat ketat, restoran yang penapis airnya tiada kelulusan halal pun boleh digagalkan," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube