KECOH sejak kebelakangan ini mengenai luahan kekecewaan ibu bapa terhadap prestasi anak-anak yang merosot terutamanya bagi subjek Matematik, didakwa gara-gara silibus yang mengarut. Rata-rata golongan ibu bapa mengusulkan supaya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melakukan perubahan pada silibus bagi subjek berkenaan yang digubal oleh pihak yang dilabel 'syok sendiri'. Tidak kurang juga ada yang terlintas untuk memberhentikan anak mereka daripada sesi persekolahan dan mahu mengajar sendiri di rumah (homeschooling). "Ajar anak sendiri je dekat rumah. Beli buku dekat Shopee. Jimat belanja. "Tengah fikir-fikir juga ni. Kalau ada modal, hantar belajar di madrasah atau pondok," demikian antara sebahagian daripada komen netizen. Meskipun kecewa dan terkilan, namun pilihan untuk memberhentikan anak daripada sekolah dan homeschooling bukanlah semudah yang difikirkan. Tugas seorang guru mendidik anak murid bukanlah mudah. -Gambar hiasan Seorang pelayar tampil menyuarakan pandangannya supaya golongan ibu bapa tidak tergopoh gapah membuat keputusan sedemikian lebih-lebih lagi ia melibatkan masa depan anak-anak. "Kecoh ye, ramai mak ayah nak buat homeschooling sebab silibus sekolah mengarut. Tapi rileks dulu. Sebelum stop sekolah tu, cuba ajar anak selama 15 minit. "Kalau 15 minit pun kau rasa baik koma je, hantar sajalah anak pergi sekolah," tulisnya. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa nak hempuk buku Matematik, marah penggubal silibus syok sendiri! - “Mereka bunuh minat pelajar” ARTIKEL BERKAITAN: Risau anak stres ‘homework’ bertimbun, ibu tak paksa pergi sekolah... ‘Homeschooling’ dah cukup, belajar kemahiran hidup Hantaran individu berkenaan meraih lebih daripada 3,000 perkongsian di Facebook, selain dibanjiri ratusan komen. Pandangannya turut senada dengan bekas guru Matematik yang juga pempengaruh media sosial, Mohd Fadli Salleh. "Rata-rata beri pandangan nak hentikan sekolah dan homeschooling sahaja. Antara alasan utama ada silibus yang terlampau tinggi selain faktor-faktor lain. Dan lebih terjamin keselamatan diri, emosi juga," tulisnya. Baru ajar anak buat satu muka surat pun dah macam nak pitam. NETIZEN Tambah Mohd Fadli, memang benar homeschooling menyelamatkan anak daripada dibuli, ada masa serta slibus yang fleksibel. Bagaimanapun ujarnya, golongan ibu bapa perlulah melihat dari sudut yang lebih luas. "Jangan anggap ilmu itu cuma di dalam kelas. Ilmu pergaulan dengan kawan, kepimpinan, persaingan dalam sukan, dalam pelajaran, dalam pertandingan. "Berjuta ilmu tentang kehidupan anak-anak dapat belajar di sekolah, yang mana tak kan dapat di rumah. "Jangan hanya kerana kita kecewa dengan silibus yang terlampau tinggi itu kita mengenepikan ilmu dan pelajaran lain yang bakal anak kita dapat melalui pengalaman bersekolah," luahnya. Sementara itu menjengah ruangan komen, rata-rata ibu bapa turut bersetuju dengan pandangan berkenaan malah mereka turut mengakui tugas mengajar bukan sesuatu yang mudah. Sebahagian pandangan ibu bapa yang tidak bersetuju dengan konsep homeschooling. "Cukuplah jadi cikgu masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Hari-hari jadi singa. "Baru ajar anak buat satu muka surat pun dah macam nak pitam. "Koma tu tidak la tapi naik hantu ye," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube