suria

Asyik keletihan selepas diizin bekerja, suami merungut isteri dah tak mampu urus rumah tangga sempurna macam dulu

Kebanyakan isteri bekerjaya mengharapkan bantuan suami menguruskan rumah tangga. -Gambar hiasan

KEWUJUDAN media sosial dan aplikasi hiburan banyak mempengaruhi gaya hidup masyarakat ketika ini sehingga menjadi salah satu punca keretakan rumah tangga.

Golongan suami turut mengakui perkara tersebut apabila kebanyakan wanita dikatakan gemar menghabiskan masa melayari laman sosial.

Bukan itu sahaja, ada yang terpengaruh dengan kandungan yang disiarkan sehingga membanding-bandingkan kehidupan yang dijalani dengan individu lain.

Di laman X, seorang lelaki meluahkan situasi yang dialami selepas isterinya didakwa turut terpengaruh dengan 'mazhab' media sosial.

Suami perlu melakukan tugasan rumah bersama-sama isteri. -Gambar hiasan

Suami perlu membantu isteri melakukan tugasan di rumah. -Gambar hiasan

Menurut lelaki itu, isterinya yang pada awalnya menjadi suri rumah sepenuh masa meminta izin untuk bekerja.

"Susah dan mencabar sebenarnya jadi suami akhir zaman ini. Bagi isteri jadi suri rumah dan jaga anak, (dia) mengadu bosan.

"Apabila bagi izin bekerja, bukan niat nak membantu keluarga tapi nak sedapkan tekak dan keperluan sendiri sehingga menambah beban kewangan," luahnya.

Tambah lelaki ini lagi, kehidupan rumah tangganya mula diuji setelah permintaan isteri dituruti.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri malas urus famili selepas diizin kerja, cuma tahu bersolek dan main phone! Niat bantu ringan beban suami tersasar

ARTIKEL BERKAITAN: Asyik kritik kerja isteri, lelaki serba ‘sempurna’ terima padah lepas pasangan masuk wad! Anak-anak tak terurus, baju busuk biar berlonggok

Meluahkan apa yang terbuku di sanubari, ujarnya, sikap wanita yang dicintainya itu mula berubah selain tidak menunaikan tanggungjawab di rumah disebabkan keletihan.

"Lepas dah bekerja seharian, mengadu pula penat sampai lupa tanggungjawab di rumah.

"Perkara yang sebelum ni elok dilaksanakan, tiba-tiba dikatakan bukan tanggungjawab dia sebagai isteri," tambahnya sayu.

Dia bosan nak jalan je tu, malam bawa pergi jalan walaupun sekadar makan aiskrim.

WARGA MAYA

Malah dia turut menyatakan rasa buntu melihat perubahan isterinya yang seolah-olah terpaksa menguruskan dirinya sebagai suami dan anak-anak.

Luahannya itu mendapat perhatian warga maya di laman X.

Ramai yang mencadangkan supaya dia membawa isteri mendapatkan kaunseling supaya kebahagiaan rumah tangga kekal terpelihara.

Kebanyakan warga maya beranggapan isterinya terasa terbeban dengan tugasan rumah tangga.

Kebanyakan warga maya beranggapan isterinya terasa terbeban dengan tugasan rumah tangga.

Tidak kurang juga yang meminta lelaki ini membantu tugas seharian isterinya di rumah dan saling bekerjasama menguruskan kehidupan berkeluarga.

"Isteri bukan babu atau orang gaji... kalau suami nak isteri taat dan dengar kata, jadilah suami yang bertanggungjawab dan jalankan perintah Allah. Bukan guna kuasa veto.

"Dia bosan nak jalan je tu, malam bawa pergi jalan walaupun sekadar makan aiskrim.

"Tanggungjawab dalam rumah tu semua urusan kau, dia nak tolong atas ihsan saja... daripada kau kritik, apa kata kau buat sama kerja rumah tu," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain