PEMBAYARAN melalui sistem kod QR sudah menjadi pilihan ramai golongan peniaga dan pengguna pada masa ini. Namun malangnya ada juga pihak yang mengambil kesempatan terhadap peniaga kecil dengan pelbagai taktik penipuan. Begitulah yang terjadi kepada peniaga makanan, Mok Yuss yang mendakwa dia ditipu pelanggan bagi transaksi pembelian berjumlah RM85 melalui kaedah kod QR. "Ni kurang ajar. Saya kena scam. Dia datang kedai dan pilih ayam, ramen, nasi dan set ayam korea cheese. Semua sekali harga RM85. Lepas tu dia QR (bayar). Peniaga pasar malam ini kecewa dengan penipuan dibuat seorang pelanggannya. "Masa tu orang tengah ramai. Dia cakap sudah bayar. Tapi saya perasan dekat skrin telefon dia masih terang-terang tulis pay (bayar). Maknanya dia belum tekan untuk buat bayaran. "Lepas tu dekat telefon saya tak masuk sebab tiada bunyi (notifikasi). Saya semak akaun pun tak ada transaksi tu," ujarnya memulakan cerita. Mok Yuss berkongsi pengalamannya itu ketika berniaga di sebuah pasar malam di Ampang, Selangor menerusi video di TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Penjual nasi lemak ditipu pelanggan buat pembayaran guna kod QR... Bayar lebih lepas kantoi, minta maaf ARTIKEL BERKAITAN: “Tak ubah macam pengemis!” - Rupanya ramai tak senang duduk tengok trend kongsi kod QR minta duit raya Sebagaimana diceritakan, pelanggan tersebut kemudiannya mengamuk selepas taktik penipuannya diketahui Mok Yuss. "Saya cakap dekat dia, tak masuk ni dik. Tak boleh bawa makanan tu selagi bayaran tak masuk. Tapi dia cakap sudah bayar. Saya cakap kalau sudah, mesti masuk. Mari saya tengok semula (maklumat transaksi). "Kemudian dia tiba-tiba menjerit cuba play victim sebab sudah kantoi. Dia baling makanan tu atas ayam (lauk jualan). Masa tu pelanggan tengah ramai... saya pun sudah geram. "Saya ambil sudip dan cuba pukul dia. Masa tu saya sudah menggigil-gigil. Pelanggan lain pegang (cuba tenangkan keadaan)," katanya. Dia tiba-tiba menjerit dan cuba play victim sebab sudah kantoi... dia baling makanan tu. MOK YUSS PENIAGA Tambah Mok Yuss, dia bagaimanapun tidak mengetahui lanjut apa yang berlaku kepada pelanggan tersebut selepas kekecohan berkenaan. Bagaimanapun, dia meluahkan rasa terkilan apabila memikirkan nasib peniaga kecil sepertinya yang terpaksa menanggung kerugian setiap kali ditipu pelanggan. "Sebenarnya peniaga sekarang sudah banyak terkena (scammer QR) dengan pelanggan yang menipu macam ni. "Sudah la berniaga pun berapa je (hasil jualan), bukan buka restoran besar-besar. Kalau terkena (tanggung rugi) macam tu tak tahu la nak cakap macam mana," katanya. Komen netizen di TikTok. Hingga kini perkongsian itu meraih lebih 3.3 juta tontonan yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib Mok Yuss. Netizen juga mencadangkan supaya Mok Yuss dan golongan peniaga lain menggunakan alat dikenali sebagai Soundbox QR yang berfungsi mengeluarkan bunyi setiap kali transaksi berjaya dipindahkan ke akaun peniaga. "Makanan jadi darah daging kut. Tak ada duit tapi selera besar. "Saya peniaga pun dah banyak kena. Sekarang kami guna Soundbox QR. Baru rasa aman. "Saya pergi mana-mana pun buat pembayaran tunai je. Lantak la orang nak kata apa pun. Kuno ke ketinggalan zaman ke... janji saya bayar," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube