suria

Majikan henyak pelajar ‘intern’, kerah kerja hampir 16 jam sehari! Ibu resah anak kerap mengadu, bidang kejuruteraan ‘keras’

Bebanan kerja yang melampau boleh mematahkan semangat seseorang. -Gambar hiasan

BEKERJA untuk hidup, bukan hidup untuk bekerja.

Demikian antara prinsip yang sering diabaikan sebahagian majikan dalam menguruskan pekerjanya.

Melalui satu ciapan tular di laman X, seorang wanita menerima aduan daripada pelajar praktikal tentang waktu bekerja yang terlalu panjang, iaitu dari pukul 7.30 pagi hingga 11 malam.

Pejabat boleh diibaratkan seperti rumah kedua untuk seseorang. -Gambar hiasan

Menurut wanita tersebut, pelajar itu mengikuti latihan industri dalam bidang kejuruteraan awam.

"Nak minta pendapat semua, normal ke budak intern masuk kerja pukul 7.30 pagi dan balik 11 malam? Kesian betul rasa, sekarang saya tengah semak persetujuan hitam putih antara pelajar tu dengan syarikatnya.

"Mak budak ni dah minta anaknya cari syarikat baharu bagi meneruskan latihan industri. Saya tiba-tiba terlibat dalam kes ni sebab mak budak tu yang datang tanya memandangkan suami seorang jurutera awam.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar ‘intern’ ajak mak jumpa bos, stres disuruh masuk data dalam sistem... Siap bawa surat doktor nak berhenti kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Bawa perangai pengotor! Rakyat Malaysia kerja di Singapura didakwa buang sampah merata, ramai risau tiada lagi tempat ‘healing’

"Budak tu kerap mengadu dengan mak dia yang dia dah penat intern. Suami cakap memang ada sesetengah syarikat kejuruteraan awam macam tu, lagi-lagi kalau waktu tu tengah ada projek berjalan," ujarnya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya berpendapat syarikat berkenaan sememangnya mengeksploitasi pelajar praktikal terbabit.

"Kalau adik tu dapat elaun lumayan boleh diterima lagi nak bekerja lebih masa, tapi kalau kosong bayaran, maksudnya jadi buruh percuma je.

Sedih keadaan kita di Malaysia, baru intern sudah dihenyak sampai lunyai... gaji yang dibayar pun murah je.

WARGA MAYA

"Sekali-sekala balik lewat boleh berkompromi kot sebab waktu tu mungkin ada event penting yang majikan perlu kita tolong. Cuma kalau setiap hari, mungkin itu maksudnya kita sudah jadi hamba.

"Ya sesetengah bidang memang begini cara kerjanya, aku pernah masuk firma perakaunan, kalau waktu musim audit pukul 11 malam selalu depan komputer lagi. Tak kisah la intern atau staf, semua berkampung di pejabat.

Pelayar bertukar pandangan.

"Sedih keadaan kita di Malaysia ni, walaupun baru intern sudah dihenyak sampai lunyai, gaji yang dibayar pun murah je," demikian kata sebahagian warga maya.

Dalam pada itu, tidak kurang juga warga maya yang meminta pihak berwajib untuk menyiasat dakwaan pelajar praktikal tersebut secara mendalam.

"Saya pernah terbaca dulu yang ada seorang pelajar praktikal ni cakap dia balik kerja lewat, tapi sebenarnya pergi merayau.

"Kalau ikut kenyataan bos dia, pukul 6 tepat dia dah keluar pejabat, pandai menipu," ujar seorang pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain