suria

Nak ‘on trek’ waktu malam, pendaki disuruh laung azan dulu... Tapi pekerja perhutanan kata mengarut, hanya undang bahaya!

Langkah waspada perlu diambil ketika memasuki tempat yang asing. -Gambar hiasan

ALAM seluas mata memandang menyimpan seribu satu rahsia yang belum diketahui umat manusia.

Pada minggu lalu tular perkongsian di laman TikTok berupa petua keselamatan kepada pendaki yang memasuki hutan pada waktu pertukaran alam iaitu Maghrib dan Subuh.

Menurut pemilik hantaran itu, pada waktu berkenaan digalakkan untuk berhenti sejenak dan melaungkan azan sebagai tanda hormat kepada penghuni di dalam rimba, sama ada ghaib atau nyata.

Adab perlu dijaga ketika di dalam hutan belantara. -Gambar hiasan

Kebiasaannya pencinta alam semula jadi memasuki hutan pada waktu malam untuk aktiviti perkhemahan dan juga mengejar pemandangan matahari terbit.

Walaupun begitu, saranan terbabit disangkal seorang anggota perhutanan yang menganggap ia sebagai keterlaluan.

"Sudah terang lagi bersuluh disebut agama bahawa hutan dan lautan itu merupakan tempat jin. Kalau boleh cuba elak untuk masuk ke sana pada waktu malam, jangan mencari bahaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendaki beranikan diri bercakap dengan ular ‘tegak berdiri’ halang laluan turun Bukit Broga! Lega ikhtiar berhasil

ARTIKEL BERKAITAN: Individu dakwa tahu 3 lokasi kampung bunian di Bukit Broga... Jangan lintas ‘Peak 2’ lepas 6 petang, waspada kalau jumpa bonggol batu!

"Saya yang kerja perhutanan ni pun tak faham mengapa orang sibuk nak pergi mendaki waktu malam dalam rimba. Kami yang selalu bergelumang dengan hutan pun akan berhenti berkhemah sebelum pukul 6 petang.

"Tak boleh hadam minat yang bukan-bukan ni, sungguh mengarut," ujarnya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya turut menyokong gesaan individu berkenaan selain berkongsikan pengalaman mistik masing-masing.

Pengalaman saya di Gunung Tok Wan, selepas pukul 6 petang memang ligat makhluk halus tu 'bermain'.

WARGA MAYA

"Semua tempat ada jin tapi di hutan ibarat mereka punya ibu kota. Anak muda sekarang tak berfikiran panjang, semangat terjah masuk sana sini, sekali dah kena rasuk baru nak sedar akal tu.

"Kalau boleh aktiviti hutan buat pada waktu siang je, malam janganlah. Pengalaman saya sendiri di Gunung Tok Wan, Hulu Langat, Selangor, selepas pukul 6 petang memang ligat makhluk halus tu 'bermain'.

"Ada sekali tu saya berkhemah waktu malam di hutan dengan dua orang kawan, ketika tu saya tengah bersiap nak solat Maghrib. Datang seorang 'kawan' ni tuangkan air untuk berwuduk, saya pun solat macam biasa.

Warga maya bertukar pandangan.

"Tapi tak lama selepas tu baru kawan saya sampai, rupanya mereka lambat di belakang, jadi siapa yang tolong saya berwuduk tadi tu? Memang tersirap darah ni.

"Geng paranornal yang acah mencari hantu di hutan, kalau sekali 'mereka' betul keluar, memang terkencing terus, jangan cabar," demikian kata sebahagian pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain