suria

“Post sebagai tanda masih hidup” - Rupanya masih ramai tahu jaga privasi, tak suka tayang hal peribadi di media sosial

Ramai memanfaatkan media sosial untuk mengabadikan kenangan dengan orang tersayang. -Gambar hiasan

MEDIA sosial sememangnya mempunyai pelbagai manfaat, dan salah satunya menjadi 'album digital' untuk mengabadikan kenangan buat tatapan di masa hadapan kelak.

Sesetengah individu memilih untuk bersikap terbuka dengan memuat naik gambar momen-momen indah mereka bersama keluarga atau insan tersayang buat tatapan diri sendiri dan pengikut.

Namun, ada yang memilih untuk menghadkan perkongsian gambar insan-insan penting ini di laman sosial atas dasar privasi.

Bagaimanapun tindakan ini ada kalanya mengundang spekulasi liar segelintir individu yang kemudian membuat andaian bukan-bukan.

Susulan itu, seorang pelayar tampil menyuarakan pandangan mengenai pendirian segelintir individu yang memilih untuk bersikap low profile di media sosial agar dapat membuka mata ramai mengenainya.

socmed 3

Ciapan seorang individu mengenai pendapatnya mendapat reaksi pelbagai daripada warga maya.

"Tak post tentang keluarga, tak semestinya tak sayang. Tak post tentang kawan, tak semestinya tak ada kawan. Tak post tentang pasangan, tak semestinya tak bahagia.

"Some people have life beyond social media (Sesetengah orang mempunyai kehidupan di luar lingkungan media sosial)," tulisnya pada ciapan di laman X.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa botol di celah batu pantai, ada beras dan foto lelaki... Ramai cuba rungkai misteri - “Dia tutup rezeki orang dalam gambar tu”

ARTIKEL BERKAITAN: Edit gambar sebelum upload di media sosial elak kena sihir, jangan sesekali kongsi 2 butiran peribadi ibu

Ciapan individu berkenaan meraih lebih 3,200 retweet, selain turut mengundang reaksi yang bercampur daripada warga maya yang menyuarakan pandangan masing-masing.

Namun kebanyakannya bersetuju dengan ciapan individu berkenaan kerana bagi mereka, tidak semua perkara perlu dipaparkan untuk tontonan umum.

Aku post gambar famili tapi jarang sekali, itu pun dekat story je... takut ada pendengki dalam tu yang hati busuk.

NETIZEN

"Keluarga adalah privasi saya. Saya pilih untuk tidak terlalu mendedahkan mereka di media sosial. Kami bahagia begini, maka saya akan lindunginya.

"Ada senior dekat tempat kerja, cakap dekat member aku yang aku ni hide story WhatsApp daripada dia dan aku ni sekadar tunjuk benda yang elok je. Lol, takkan aku nak bitter 24 jam macam dia? Kena kecam sikit nak up status. To be honest aku memang hide sebab dia suka bawa mulut cerita dekat semua orang.

"Aku post gambar famili tapi jarang sekali, itu pun dekat story je. Sebab aku takut ada pendengki dalam tu yang hati busuk. Tak buat dekat aku tapi buat dekat family aku," demikian antara komen netizen.

Namun ada juga yang berpandangan bahawa setiap individu pasti mempunyai alasan dan tujuan tertentu apabila membuat perkongsian.

Bagi mereka, tiada salah untuk membuat apa jua perkongsian asalkan tidak melampaui batas undang-undang dan agama, lebih-lebih lagi buat golongan kaum Hawa.

socmed 2

Tidak semua individu gemar berkongsi mengenai hal peribadi termasuk keluarga di media sosial. -Gambar hiasan

"Senyap sangat, (nanti) orang bertanya mana menghilang. Kita di fasa malas nak post apa-apa. Entahlah,zaman tu dah berlalu.

"Kadang-kadang post sebagai tanda masih hidup," komen netizen lain pula.

Sebagai peringatan bersama, pengguna media sosial dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika mahu membuat perkongsian.

Antaranya memastikan bahawa gambar atau video yang ingin dimuat naik tidak mendedahkan perkara yang membahayakan diri seperti lokasi, alamat, butiran peribadi dan sebagainya.

Ini bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan ruang serta peluang tersebut untuk melakukan jenayah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain