BERUNTUNGNYA mana-mana individu yang memilih untuk berbakti kepada ibu bapa di saat mereka sakit atau berada di penghujung usia. Bukan calang-calang ganjaran pahala yang dijanjikan Allah kepada mereka yang sanggup berkorban dan mengenepikan kepentingan sendiri demi ibu bapa. Begitu juga kisahnya dengan wanita ini yang menggalas tanggungjawab menjaga ibunya selepas adik-beradik lain memilih untuk mengutamakan isteri dan anak masing-masing. "Saya anak tunggal perempuan daripada tiga adik-beradik. Sayalah yang menjaga umi dengan suami di saat dua orang adik lelaki melepaskan tanggungjawab kerana isteri masing-masing tak suka tinggal serumah dengan umi," kongsinya. Tidak pernah mengharap balasan, namun menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri ini, tanpa disangka ibunya menghadiahkan buatnya dan suami sebidang tanah. Isu perebutan harta boleh membuatkan hubungan kekeluargaan berantakan. -Gambar hiasan "Pada tahun lepas umi dengan ikhlas beri saya tanah dan dah selesai tukar nama saya. Umi cakap masa tu, saya berhak buat apa sahaja dengan tanah tu kerana ia dah diserahkan sepenuhnya untuk saya. "Cuma umi berpesan jika buat amal contoh buat tahfiz ke, buatlah atas nama umi, ayah dan adik-adik yang lain juga supaya ada la pahala mengalir apabila umi tiada nanti," kongsinya lanjut. ARTIKEL BERKAITAN: Sejak Form 3 anak angkat jaga mak ayah sakit sampai hujung nyawa, 2 kali berhenti kerja... Umur 30 tahun dilantik jadi CEO 3 anak syarikat ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ini korbankan kerja dan impian demi jaga ibu sakit di kampung, tapi bapa pergi dulu selepas buat 3 permintaan - “Terakhir ayah minta tidur sebelah mak” Bagaimanapun ujar wanita itu, tiada angin atau ribut, ibunya baru-baru ini mengungkit kembali hadiah sebidang tanah yang diberikan kepadanya dan suami. "Sekarang ni tiba-tiba umi tanya pasal tanah. Umi cakap nak wakafkan tanah tu pula. Umi cakap tanah tu tak berhak jatuh atas nama sesiapa terutamanya suami saya. "Saya bertanya supaya lebih jelas, adakah umi maksudkan tanah tu perlu difaraidkan? Umi cakap tanah tu saya tak berhak ambil satu sen pun keuntungan daripadanya. "Umi tak benarkan mana-mana pihak mengambil sebarang keuntungan atas tanah tersebut. Saya terkejut dan saya cakap, kenapa dulu umi cakap lain sekarang cakap lain? "Sedangkan geran dah bertukar nama saya. Lepas tu umi cakap pergi tukar semula tanah tu atas nama umi," luahnya. Untuk jangka masa panjang. Elok diserahkan semula pada ibu anda demi menjaga keharmonian dan silaturahim. NETIZEN Wanita tersebut mengakui dia sedih dengan apa yang sedang menimpanya, seolah-olah pengorbanannya langsung tidak dihargai. "Saya rasa seperti tak patut umi bertindak sedemikian kerana saya yang berkorban jaga umi di saat adik-beradik lain tak pedulikan umi. "Apa patut saya buat? Perlu ke saya tukar geran atas nama umi semula? Saya buntu sangat," luahnya lagi. Hantaran wanita berkenaan mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya tampil memberikan cadangan di samping tumpang bersimpati di atas situasi yang menimpanya. Reaksi netizen terhadap situasi yang dialami wanita berkenaan. "Mak ni kadang-kadang biasalah... apabila masa sakit, anak yang jagakan dia itu dijanjikan segala macam. Apabila sihat sikit dia akan bolak balik semula hati tu. "Campur tangan adik-beradik la tu tak puas hati. Selalu kalau suruh jaga orang tua... kasi alasan. Time harta berebut. "Mungkin umi risau kalau puan meninggal dulu, tanah tu akan difaraidkan kepada suami dan anak puan. "Untuk jangka masa panjang. Elok diserahkan semula pada ibu anda demi menjaga keharmonian dan silaturahim," demikian pandangan netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube