SUAMI dan isteri perlu melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam melayari sebuah bahtera perkahwinan. Namun sering kita disajikan dengan kisah membabitkan si suami mengambil kesempatan terhadap isteri termasuk sehingga berlakunya pelbagai kes penganiayaan. Seperti yang terjadi kepada Nurul Syafika, dia mendedahkan suaminya bertindak di luar kawalan demi memenuhi ketagihan seks melampau. Sebagaimana dikongsikan dalam grup Ragam Rumah Tangga di Facebook, Syafika berkata pada suatu hari dia terpaksa menolak ajakan suaminya untuk bersama gara-gara sedang haid. Ketagihan seks boleh meruntuhkan institusi rumah tangga pasangan sudah berkahwin. -Gambar hiasan Tetapi suaminya tetap berkeras dengan memaksa pengadu untuk melakukan seks oral demi memuaskan nafsunya. "Maaf kalau yang saya post ni ada orang marah. Saya nak tanya mengenai perangai suami saya gila seks. "Dia tahu saya tengah datang bulan. Faham la kalau kena senggugut sakit dia macam mana. "Suami nak juga (bersama), dia suruh 'pakai' mulut. Kalau tak layan, kita pula jadi isteri derhaka terhadap suami. Ingat nak jadi isteri solehah," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri baru habis pantang dibelasah suami kantoi 'check in' hotel di Port Dickson, polis siasat kes ARTIKEL BERKAITAN: Suami tangkap isteri curang di hotel, paksa ‘anak ikan’ umur 20 tahun cabut tuala Dalam perkongsian sama Syafika mendakwa suaminya juga sering menggunakan kekerasan jika permintaan untuk melakukan hubungan intim ditolak. Lebih malang sekiranya pada masa itu suaminya berada di bawah pengaruh dadah. "Hati-hatilah kalau berkahwin dengan lelaki panas baran yang ambil barang terlarang itu. "Lebih baik reject je daripada awal lelaki begitu... kalau hidup pun terseksa, lebam badan nak lawan. Hati-hatilah kalau berkahwin dengan lelaki panas baran yang ada ambil barang terlarang itu. NURUL SYAFIKA "Fahamlah tenaga perempuan tak sama macam lelaki. Kita lawan kita kena balik," ujarnya menitipkan pesanan. Luahan Syafika itu ternyata meraih pelbagai reaksi netizen di Facebook. Rata-ratanya memberikan cadangan yang boleh dilakukan golongan isteri sekiranya berdepan dengan situasi sedemikian. "Saya pernah jumpa. Suami tuduh bini derhaka. Isteri langsung tak terasa hati. Tak sedih, buat bodoh (tak tahu) saja. Komen warga maya di Facebook. "Pergi ke pejabat agama je, jenuh nak sabar dengan lelaki begini... otak stres badan letih," kata netizen. Difahamkan, perkahwinan Syafika hanya bertahan selama enam tahun sebelum rumah tangganya musnah kerana sikap suami. Kata Syafika, dia berkongsi kisah peribadinya agar orang ramai khususnya wanita mengambil iktibar agar tidak melalui apa yang dihadapinya sepanjang berkahwin. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube